Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

26 Feb 2016

Must watch : Munafik @ Syamsul Yusuf

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah selamat sampai kat rumah.  Maklum la baru lepas tgok cte Munafik.  Ya Allah timbul rasa keinsafan setelah menonton cte tu. 

Faz tak tau la bg yg lain tp bagi faz cte tu memang banyak pengajaran berkaitan agama dan amat sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Seram seram tu tolak ketepi, yang penting message yg cuba disampaikan.

Buat pertama kali,  faz menonton cerita seolah olah sedang menghadapi realiti kehidupan seharian.  Betapa kerdilnya diri ini disisi Allah.  Betapa jauhnya diri kalau nak dibandingkan dgn makhlukNya yg lain. Pemakaian, percakapan bukan aspek utama menunjukkan diri kita beriman.  Bertudung labuh,  berkopiah, berjubah, bersroking kaki sekalipun Takkan dapat membuktikan betapa kita mengikuti segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya kerana takde seorg pun manusia yang begitu sempurna didunia ini.  Tambah tambah lagi apabila di abad akhir zaman ni.  Bukan sekadar luaran tapi yang membezakan kita berapa banyak kita buat sunat taubat,  istighar,  istiqomah, tawakal dalam sehari.  Selagi hidup kita dipenuhi makhlukNya, selagi itu la kita tidak lepas dari berbuat dosa. 

Kita patut bersyukur Allah menutup aib yg kita buat didunia.  Ya Allah.  Besar sungguh pengajaran cerita Munafik. 

Terbukti betapa besarnya pengorbanan Syamsul Yusuf untuk membuat cerita berunsur seram yg penuh dgn dakwah islam di dalamnya.  Sebagai saudara sesama islam, faz begitu berbangga dgn kejayaan beliau. 
 
Kalau dulu zaman sekolah karangan akan diminta menyenaraikan nilai pengajaran/murni/moral dalam sesebuah cerita. Cerita Munafik dari awal hingga akhir penuh dgn pengajaran sehingga tak tersenarai betapa banyaknya yg boleh kte perolehi. 

Faz doakan Syamsul Yusuf diberkati dunia akhirat.  Di lindungi di dunia dan akhirat. Tahniah sekali lagi sebab Munafik mendapat sambutan yg sangat baik sekali setakat ni.  Faz nasihatkan yg belum tgok cte ni,  sila sila la tengok.  Tak rugipun habiskan duit utk cerita yg berunsir dakwah islam.  In Sha Allah.
Tengok jangan tak tengok.....

Al-Fatihah

Sekian..

No comments:

Post a Comment