Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

16 Apr 2015

Nasihat ibu bila da jadi isteri org

Assalamualaikum..

Faz syukur sgt sgt dikurniakan seorg ibu yg dapat dijadikan kawan, penasihat, dan pendengar yg terbaik dalam hidup faz. Banyak banyak adik beradik faz, hanya faz seorg yg bersikap terbuka dengan ibu. Tak tau kenapa faz senang nak bercerita dgn dia. Mungkin dia merupakan seseorg yg melahirkan faz kot. Benar la kata org, ibu merupakan sahabat yg terbaik didunia. Kalau faz buat bende jahat pun faz akan mengaku depan ibu, cthnya faz ponteng sekolah dan banyak lagi. Ibu tak marah, tp ibu akan suruh faz janji cukup da buat jahat, lain kali jgn diulang. Itu la ibu faz. Sebab tu faz tak pandai berbohong dgn ibu, walaupun sejahat mana perkara faz pernah buat. Okay, berbalik pada topik.  Setelah faz memberitahu niat utk melangkah ke alam yg lebih dewasa, ibu sering kali memberi nasihat dan petunjuk utk faz. Bila kami berdua sahaja, ibu akan menasihati faz.

"Kalau adik da jadi isteri org, adik kene ingat syurga adik bukan dibawah kaki ibu lagi tapi di bawah kaki suami adik. Bila da jadi isteri org, ibu nak adik ingat ni sampai bila bila.
1. Jaga makan pakai suami. Kalau nak suami kekal syg adik, adik kene selalu masak utk dia. Kalau boleh jgn benarkan dia makan diluar. Apa guna ada isteri tp masih dok makan diluar.
2. Ikut apa yg dia minat. Kalau dia minat memancing, walaupun adij tak minat bende tu, adik kene gak belajar amik tau perkara yg dia minat.
3. Jangan halang atau control dia. Contoh dia memang suka melepak, adik kalau boleh benarkan je dia melepak dgn kawan dia. Lelaki tak suka bila perempuan halang dia lepak dgn kawan. Kalau adik tak tahan, adik ikut je dia melepak.
4. Percaya pada suami. Tak kira teruk mana pun dugaan yg menimpa, adik kene gak percaya pada suami adik. Jgn percaya bulat bulat pada mulut org yg mengata terutama bila dia takde bukti.
5. Sentiasa bersih dan cantik. Tu basic. Mulai sekarang ibu nak adik jaga badan. Ibu tengok adik da tembam macam ibu da.
6. Control baran tu . Jgn kuat sgt berleter mcm mak nenek. Ibu pun tak tahan dengar adik berleter. Berdesing telinga.
7. Jgn kuat sgt merajuk. Tu biar bakal suami adik yg pujuk.
8. Sentiasa amik tau keadaan keluarga dia terutama ibu dia. Adik kene syg ibu dia dan jaga ibu dia macam adik syg ibu dan jaga ibu.
Adik dengar tak apa yg ibu cakap ni? Ibu nak adik ngat pesan ibu ni sampai bila bila."
Tu la nasihat ibu faz. Susah gak nak ingat. Jgn kate nak ingat, nak buat pun belum tentu faz dapat. Tp In Sha Allah, faz akan latih mulai sekarang. Sekali lagi, terima kasih ibu. Untuk segala nasihat dan kata semangat dari ibu. Sayang ibu.

Sekian.

3 comments:

  1. betul semua apa yang ibu faz pesan tu.. sama jugak dengan apa mak kakmi pesan, kena jaga semua perkara tu supaya keluarga sentiasa bahagia, insyaalllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak mi. Huhu. Susah gak nak buat semua tu, tp kalau da terlatih, In Sha Allah dpt buat kot. Hehe

      Delete