Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

16 Apr 2015

Kakak payah nak kahwin....

Assalamualaikum..

Susah gk bile kte ada kakak ni. Bukan susah ape, susah sgt nak disuruh kawen. Huhu. Faz merupakan anak bongsu perempuan ibu. Nak kate faz manja, silakan. Sebab faz akui sekarang faz agak manja. Mungkin faktor umur kot. Okay. Nak dijadikan cte, faz ada dua org kakak. Berumur 24 dan 23. Kalau ikut adat melayu la kan. Kalau nak nikah kene tggu akak nikah dulu, kalau tak pun langkah bendul. Kan?

Akak pertama faz, Alhamdulillah tak lama lagi akan melansungkan majlis pernikahan dia. Calon suami org Perak. Hehe. Syukur sgt. Sebab akak jugak la faz berkenalan dgn seseorg yg kebetulan org perak gak. Amboi. Nak same gak. Thanks akak sbb da crkan calon utk adik. Alhamdulillah baik orgnya. Kakak suka, ibu pun suka. Tp tu la masalah faz sekarang, ibu faz dok suruh faz nikah awal sebab bagi ibu kalau dah menemui seseorg yg mampu nembimbing lansungkan je. Ibu dulu pun kawen muda gak. Yg menjadi penghalang faz sekarang ialah kakak kedua faz yg tak reti reti faham yg adik dia ni nak nikah, faz tak nak la langkah bendulkan. Memang tak salah, tp kan lebih afdal kalau ikut urutan.

Jadi tadi masa makan, faz cakap depan ibu dan depan dia "Akak kan da ada calon, kawen je la. Akak da keje, ada kereta, mampu lagi. Da wajib kawen da. P la kawen."
Tau tak akak faz jawab apa. Huhhh. Sebal betul hati ni.
"Tak nak. Akak nak enjoy. Akak nak kawen umur 30. Da puas hidup baru kawen"
Ibu da tak leh cakap apa da. Geleng kepala mendengar. Ibu pernah cakap kalau boleh ibu nak semua anak anak ibu melangkah ke alam pernikahan. Akhirnya ibu pun bersuara "Kalau akak taknak kawen, adik langkah bendul je la. Bagi je akak cincin murah. Ibu tak kisah kalau adik langkah bendul. Tak yah tunggu akak. Lagi pun kak along da nak nikah. Boleh je teruskan lepas akak nikah."

"Eh. Adik dah ada calon ke? Langkah je bendul akak nak cincin mahal. Bagi akak yg mahal."
"Jangan nak mengada. Ibu yg tentukan. Kesian kat adik"
Faz syukur sgt bila ada ibu yg tlg back up kan. Ibu faz memang yg terbaik.

Tp itu bukan bermakna faz boleh teruskan tanpa berfikir walaupun ibu yg benarkan faz langkah bendul. Macam yg faz ckp, faz kalau boleh nak ikut urutan. Lagipun apa pulak org sekeliling akan cakap kalau faz mendahului dari akak faz. Memang la kte tak yah fikir apa yg org ckp. Tp faz kene jugk fikir nama baik ibu. Tak fasal fasal nama ibu pulak yg buruk nnti. Bende ni bukn boleh buat main. Jdi faz minta doakan yg terbaik utk faz sekeluarga ya.

Sekian..

No comments:

Post a Comment