Bercinta semula?

Perasaan ini? Ahhh. 3tahun aku tidak merasa. Muncul dirinya, membuatkan aku berada diawangan semula. Adakah ini dikatakan cinta? Umur bukan penghalang untuk aku menyayanginya. Aku memang kisah jika melibatkan umur. Tetapi setelah dinasihat oleh ibu dan kawan baik ku. Aku mula menerimanya.

Perkenalan kami seolah olah dirancang oleh kakak ku sendiri, membuatkan aku tidak tegar untuk melukakan hatinya. Sungguh sukar untuk aku membuka pintu hati ku kembali. Seseorang pernah berkata "Tidak salah jika engkau mencuba bercinta kembali. Mencuba menerimanya seadanya."

Sememangnya dia mempunyai ciri ciri yg ku cari. Penyabar, sering mengingatiku utk solat, prihatin, dan yg paling penting pilihan keluargaku.

Alhamdulillah, ibu juga merestui hubungan kami. Ibu juga lah yg memberi nasihat kepadaku utk menerimanya dalam hidupku. Ibu berkata "Jika tiba masa utk kamu pergi bersamanya, ibu relakan. Jarak bukan pemisah jika dia benar jodoh kamu. Umur bukan penghalang. Kerana ibu juga berkahwin muda. Dan Alhamdulillah ibu bahagia. Ibu juga berharap anak ibu seperti ibu juga"
Kerana ibu juga, aku sedia segala galanya. Aku berterima kasih atas nasihat org sekelilingku terutama ibu dan kawan baikku. In Sha Allah. Jika benar dia merupakan jodohku, aku akan menjaganya hingga ke jannah. In Sha Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah