Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

3 Mar 2015

Dugaan travelling seorg diri...

Assalamualaikum..

Second day kat KL. Alhamdulillah. Selamat gak sampai wlaupun banyak dugaan nak sampai kat sini semalam. First, flight delay sejam. Nasib baik iman ni kuat, klo tak dah lama amik beg chow terus. Flight sepatutnya pukul 5.. Sebab tak tau 6 lebih kot gerak dr Kuching. Dah tu 7 lebih pilot bgi signal nak landing. Syok sgt la sbb perut memang dah lapar sgt. Plan memang nak mkn trus lepas sampai sana. Dah tak nak delay lagi. Gastrik kot dr pagi tak mkn sbb excited. Baru je nak landing, nahhhh. Aeroplane tiba tiba naik balij, buat entah berapa pusingan. Menggelabah la semua penumpang dlm tu. Setengah jam kot terkandas dah tu baru pilot inform landing buat kali ke dua. Mungkin terlanjak landing ke apa ke.

Alhamdulillah, selamat gak sampai dalam pukum 7.45ptg. Okay faz memang tak sabar nak jumpa akak bawa g mkn then...... Ada lak sorg mak cik ni suruh faz temankan dia g amik bagasi and tunjuk jalan keluar. Kalau ikutkan mood masa tu memang buruk sgt tp sebab kesiankan dia okay faz temankan. Lama kot bagasi tu keluar. Sementara dia tggu, faz cakap nak g toiler, 15 minit tggu tak gak bagasi tu keluar, dah tak tahan g je la toilet. Lepas tu tengok tengok mak cik tu dah takde. Fuyoooo. Mulanya memang risau. Makcik ni fikir aku nak lari ke? Asal tak tggu aku. Lama kot bercari dgn dia. Then akak cakap dia nak g solat. (Faz cuti). Terpaksa la batalkan niat bercari.

Sampai je area petaling jaya, jalan lak jem. Memang banyak dugaan sampai kat sini. Last last niat nak makan jadi takde selera. Sikit je faz makan. Huhu. Nak marah tak dapat. Jadi apa yg faz belajar bila travel seorg diri buat kali ke dua ni, kena banyak bersabar dengan perangai org. Iman kene kuat. Kalau tak, dah lama faz melenting kat situ. Sebab faz ni kurang penyabar orgnya. Hehe. Tu je la rasanya kot.

P/s: hari pertama tak tangkap gambar sebab mood memang tak baik.

Sekian..

No comments:

Post a Comment