Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

11 Jan 2016

Bukan aku nak title Penganggur!

Assalamualaikum..

Sedih hati ni bila sering kali dibasahi dgn soalan yg lazimnya bukan kta nak bende tu jd..
Setiap kali jumpa member ke family terutama saudara mara,  slalu sgt tny
"Awak tu sampai bla nak tanam anggur? "
"Dah dpt diploma pun masih nak blajaq jd suri rmh"
"Awak tu dh nak kawen,  bla lgi nak keje bantu bakal suami? "

HokAloh.. Ingat org nak sgt ke dok rmh tanam anggur wlaupun dh graduate..  Tak tau ke zaman sekarang ni peluang pekerjaan dh tipis sgt.  Zaman sekarang ni klu nak keje semua nak yg ada pengalaman 2 3 thn bekerje.  Yg aku tak fahamny, bla fresh graduate tak dibagi peluang untuk bekerje sampai ble nya nak dptkan pengalaman.

Boleh je kalau nak amik pengalaman keje waitress ke sales promoter ke..  Tp sampai bila......  Tak guna la ada diploma kalau nak keje mcm tu.  Bukan sombong atau memilih pekerjaan.  Tp ibu mane nak tgok anak yg dh ada diploma keje mcm tu.  Ibu mane happy kalau anak keje stakat tu.  Kene gak fikir perasaan ibu yg penat lelah cr duit untuk kita masa belajar tp lepas graduate keje amik order pelanggan.  Tak ke sedih.

Nak bukak bisnes sendiri?  Boleh....  Tp tengok la keadaan kerajaan kita sekarang.  Ekonomi kita sekarang.  Dgn kos hidup meningkat,  mampu ke nak cari duit untuk buat modal.  Artis malaysia sekarang ni pun bersaing nak buat bisnes.

Jadi kesimpulannya, terpaksa la kita berusaha, sabar dan tawakal selagi belum diberi rezeki untuk bekerje.  Rezeki tu milik Allah.  In Sha Allah,  akan tiba masa untuk aku berkeje..

2 comments:

  1. Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

    ReplyDelete
  2. insya allah ada rezeki nanti ye...usaha la dulu keje apa2pun fahamkan ibu keadaan ekonomi sakrg pujuk baik2

    ReplyDelete