Baik yg membunuhkan..

Assalamualaikum..

Untuk sekian lamanya aku hidup merantau di negeri org.  Alhamdulillah,  akhirnya aku di ambil bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai eksekutif pentadbiran dan di offer gaji RM2500.  Waktu tu,  perasaan aku.  Fuhhh.  Happy giler. Gaji ditawarkan juga 2 kali ganda dr pekerjaan yg lama.  Dan yg lebih membahagiakan aku,  aku dpt menyimpan utk majlis perkahwinan dan memberi ibu ku wang yg lbh bnyk berbanding sebelum ni..

Syarikat tersebut merupakan syarikat investment under global company.  Pada mulanya, semua indah belaka.  Officemate aku gempak gilerr,friendly. Layan aku pun setara mcm org lain.  Sebab ada segelintir bila dgr je nama negeri asal aku,  ada yg enggan melayan aku.  Segelintir aee,  bukan semua..  Sampaila satu saat,  bila aku tanya lebih mendalam tentang company ni.  Boss aku ckp "kalau nak tau,  jumpa sy personal.  Awak mesti rasa menarik nanti.  Tak syok cte ramai2. " Aku dpt rasakan something fishy.  Jd aku buat buat lupa nak jumpa dia personal sampai doa sendiri yg panggil aku dan ajak aku ke sebuah bilik kecil.  Opppsss.  Boss aku perempuan ekk.  Dan kteorg bincang hal bisnes.  Tak lebih dr tu.

Boss aku ckp family dia invest dkat company ni,  dan keadaan family dia dah berubah.  (lebih baik)  officemate aku yg lain pun dah invest.  Masing masing ada acc sendiri..  Pada mulanya boss aku ckp,  "company no tak paksa staff dia invest,  klu nak ubah nasib family blh invest,  klu tak nak blh keje mcm biasa. " aku pun mintak masa untuk bincang dgn tunang and family aku.

Lama kelamaan,  boss aku semakin mendesak tanya dpt ke tak inveat sampaikan sanggup suruh aku balik awal 3 hari berturut2 untk menguruskan hal investmenyt ni.  Aku jd tertekan.  Mane aku nak cari RM150000 dlm masa terdekat.  Tunang aku sampai nak buat loan sebab nak bantu aku.  Hari makin hari,  aku semakin stress didesak.  Hari tu,  boss aku lepaskan aku balik lgi.  Malam ny,  aku call dia,  aku ckp bgi aku masa untuk cr duit.  Sebab aku tak nak babitkan family aku dlm hal ni, boss aku ckp dia bagi aku cuti 2 hari.  Klu belum settle gak,  dia bagi aku cuti lgi.  Tp klu aku give up bgtau je dia..
Jd keesokkan hariny,  aku dh buat keputusan stlh bebincang dgn tunang dan ibu aku. Aku msg boss aku yg aku nak keje mcm biasa.  Aku tak nak buat acc investment tu dulu.  Nanti klu aku ade duit,  aku invest la..  Lepas je aku hantar msg tu,  3 jam kemudian boss aku pun call.

"Akak tak kisah klu faz tak nak invest,  tp faz okay ke bekeje ble semua org ade acc faz sorg takde acc.  Faz okay ke ble kene pinggir sbb takde acc?  Faz dpt tak jwb klu client tanya bkaitan acc tu?  Akak kene jaga perasaan faz gak.  Tp camni la.  Akak tak nak sbb hal ni ganggu performance faz. Akak tak nak gaji faz pun kene tolak klu tak perform.  Faz anggap la yg faz takde rezeki kat office ni.  Faz cari la pkerjaan yg faz happy waktu keje.  I wish u goodluck after this.  Take care. "

Faham tak betapa frustny aku?  Sdangkan aku dah sign offer letter.  Dan setahu aku takde lak dlm offer letter tu tulis yg aku kene invest baru dpt keje dgn dorg?  Apa salah aku? Setahu aku,  aku dlm tempoh 3 bln percubaan,  aku bkerje bru 2minggu,  sbb tak dpt bukak acc dlm masa terdekat aku dbuang camtu je?  Dah la aku hidup merantau..  Aku bkn nak fikor jahat.  Tp dia sama perempuan,  sama bangsa,  sama agama. Takkan dia tak faham situasi pekerje dia?  Sedih aku,  tuhan je tau.  Baru nak merasa dapat pekerjaan setelah merantau,  last2 layanan sebegini yg aku dpt.

Semenjak dr tu,  aku lebih berhati2 apply keje.  Dgr je pasal invest,  loan,  finance,  wlupun aku diambil keje,  dgn gaji RM 10k pun  aku takkan terima.  Thanks kat boss company tu yg buat aku jd camni.  Jd aku nasihat,  hati2 dgn manusia..  Tak semuanya baik tu sebab dia memang baik.  Aku terpedaya dgn layanan baik dia.  Ni la jadinya.  Nauzubillah.  Mintak dijauhkan dr manusia macam ni.

Sekian..

Comments

  1. uishhhh ada lak cam tu peliknyaaa ke company menipu ? apa paksa2 lak ngok betul la,at least kalau bagi tempoh 5 6 bulan bekerja tuk kumpul duit kan ok

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah