Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

18 Sep 2015

Hala Tuju...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.  Alhamdulillah.  Selesai sudah majlis tunang dan convocation hari tu..  Sekarang? Melangkah maju sehadapan.  Bermula kehidupan sebenar.  Contract dgn perodua pun da habis.  Jadi plan faz lepas ni, ingat nak cari kerja tetap kumpul duit untk masa hadapan.  Hurmm..  Cakap memang senang. Tanpa usaha habuk pun tada.

Banyak yg faz da belajar 21 tahun hidup ni.  Walaupun belum cukup mencabar tapi kira boleh la dugaan mengikut kemampuan faz.  Allah takkan bagi ujian melebihi kemampuan hambaNya.  Ya faz pegang itu dr dulu.

Ibu faz selalu pesan "kalau dugaan yg sikit pun tak mampu nak hadap,  macam mane nak berdikari.  Kenelah kuat.  Tak boleh bergantung dengan org. Usaha penting.  Biar kawan2 nak cakap ape.  Tu kehidupan faz sendiri. Jangan nak ikut telunjuk kawan sangat.
 Faz kene bijak pilih hala tuju faz.  Ibu takkan halang selagi tak menyimpang dr agama. "

Faz akui kebenaran kata2 ibu.  Memang selama faz hidup faz terlalu mengikut kawan.  Jadi sekarang biar lah lebih baiknya jika faz bergerak sendiri. Bukan sebab nak lupakan kawan.  Tidak sama sekali.  Kawan tetap kawan.  Tapi kerjaya yg baik akan menjamin masa depan yg cerah.  Faz akan mula dr bawah. In Sha Allah.  Ada sijil diploma bukan pengakhiran tapi permulaan untuk masa depan yg cerah.

Sekian..

No comments:

Post a Comment