Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

14 Jul 2014

Kehadiranmu

Kehadiran mu bukan ku pinta,
Kehadiranmu mengganggu diriku,
Disaat kesepian aku mengingatimu,
Disaat aku berasa rendah diri,
Kau memberi semangat kepadaku.

Pertemuan yang singkat membuatkan ku,
Mula menaruh harapan kepadamu,
Kata-katamu memberikan ku harapan,
Bahawa kau tercipta untukku.

Namun sekarang aku keliru,
Dimanakah dia disaat aku memerlukannya,
Dimanakah dia disaat aku sedia menerimanya.
Adakah semuanya hanya mainan kata sahaja,

Aku mula sedar jodoh yang hakiki datang dari Allah.
Aku mula sedar bahwa aku hanyut dengan perasaanku,
Aku leka dengan kehadirannya,
Aku mudah mempercayainya.

Ya Allah kau hadirkanlah aku,
Seseorang yang jauh lebih baik darinya,
Agar dapat membimbingku,
Dan membawaku ke Jalan SyurgaMu,
Kerana aku percaya jodohku,
Sudah tertulis di Luz Mahfuz.
Amin.


No comments:

Post a Comment