Jangan marah-marah

Assalamualaikum,

Mulakan hari anda dengan senyuman. Tak tau kenapa bibir ni tak henti nak berikan senyuman kat org. Hati ni gembira semacam je. Kan biasa kalau perempuan tengah datang bulan mood dia agak menakutkan, agak tak betul sikit. Tapi Faz tak tau nape, sejak dtg bulan, mood asyik nak gembira je. Betul ni, tak tipu. Hehe. Mungkin ada benda yg menggembirakan kot. Agak agaknya apa ekkk~

Faz pun tak tau. Yang penting faz gembira kalau faz gembira. Ehh. Pelik ke? Faz harap sangat takde org yg tukarkan mood faz hari ni. Faz teringin nak gembira sampai esok dan seterusnya. Faz ni kalau marah atau bad mood memang scary tauu~ Betull. Kalau tak percaya, bole tanya kat orang yg kenal dengan faz. Hehe. Takde la. Faz kalau marah, memang tak suka nak marah, melenting and so on. Kadang kadang faz diam je, kadang kadang menangis, kadang kadang faz akan bising benda yg takde kene mengena.

Kalau faz cakap yang ngah marah, ada gak kawan faz yg akan tanya, "Eh, Betul ke kau marah? Macam tak pun?" Lepas tu dorg buat muka selamba. Faz dengar dorg da bunyi camtu, terus gelak. Hehe. Memang betul la apa dorg cakap, faz bukan la nak cakap yg faz tak reti marah lansung tapi faz tak reti nak lekat dengan satu mood. Faz tak pandai kalau marah, sehari hari marah, kalau sedih sehari hari sedih. Lagipun, faz tak nak muka faz cepat tua, kang makin tak laku jadinya. Fuhhhh~ Minta dijauhkan. Faz bukan apa, faz tak nak nanti kalau faz ngah marah marah, faz akan melukakan atau menyakitkan hati orang lain. Kan kalau kita marah, kita mudah nak melepas kat sesiapa je yg berada dekat dgn kita. Faz takut kalau dorg pulak yg terasa hati dengan mood kte. Kene la jaga hati org gakkan? Takkan nak harapkan org je jaga hati kte. betul tak?

Jadi korang pun kalau nak marah tu, fikir la lebih panjang k? Walaupun dalam keadaan yg macam mane sekalipun, jangan sampai effect kat org lain. Kesian org yg jadi mangsa keadaan tu. Faz cakap berdasarkan apa yg faz selalu mengalami. Sebab faz selalu jadi tempat orang melepaskan amarah. Jadi nak marah balik, faz rasa takde guna kot. Sedangkan Rasulullah pernah berpesan:

Jangan Marah.
Seorang sahabat Abu Hurairah r.a. telah meminta Bagindaﷺ  menasihatinya. Rasulullahﷺ  bersabda; “Jangan marah”. Larangan ini diulang oleh Rasulullahﷺ  beberapa kali. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Malik dan Tirmizi).
Begitu juga dengan seorang lagi sahabat yang bernama Abdullah bin Amru. Beliau bertanya Rasulullah ﷺ tentang sesuatu yang boleh menyelamatkan dirinya daripada kemurkaan Allah. Baginda ﷺ  menjawab perkara yang sama iaitu, “Jangan Marah”.
.
Dalam suatu kejadian, seorang sahabat meminta nasihat daripada Rasulullah ﷺ, lalu Baginda bersabda, “Janganlah kamu marah.” Sahabat lain pula bertanya, “Apakah yang dapat menyelamatkan daku daripada kemurkaan Allah?” Maka jawab Rasulullah ﷺ: “Jangan tunjukkan kemarahan kamu.” Sahabat yang lain pula meminta satu amalan kebaikan yang mudah untuk dilakukan, maka sabda Rasulullah ﷺ, “Janganlah marah!”
.
Mohon Perlindungan Kepada Allah
Dari Sulaiman bin Surad r.a., katanya: “Saya duduk bersama Rasulullah dan terdapat dua orang yang saling bermaki-makian antara satu sama lain. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesar urat lehernya, kemudian Rasulullah bersabda:“Sesungguhnya aku mengetahui suatu ucapan yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (iaitu kemarahannya), iaitu andai kata dia mengucapkan: “A’udzu billahi minasy syaithan,” tentulah lenyap apa yang ditemuinya itu.” Orang ramai lalu berkata padanya (orang yang merah padam mukanya tadi): “Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan.” Lelaki itu menjawab: “Adakah aku gila (sehingga aku perlu meminta perlindungan daripada syaitan) ?” (Hadis Riwayat al-Bukhari).

Sekian :)

Comments

  1. Memang kadang2 moody tp tak tunjuk kat org just menyendiri dan layan perasaan sorang2..

    Thank you for sharing this useful info. ^_^

    ReplyDelete
  2. Salam singgah dn follow sini #34 :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah