Posts

Showing posts from 2015

Baik yg membunuhkan..

Assalamualaikum.. Untuk sekian lamanya aku hidup merantau di negeri org.  Alhamdulillah,  akhirnya aku di ambil bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai eksekutif pentadbiran dan di offer gaji RM2500.  Waktu tu,  perasaan aku.  Fuhhh.  Happy giler. Gaji ditawarkan juga 2 kali ganda dr pekerjaan yg lama.  Dan yg lebih membahagiakan aku,  aku dpt menyimpan utk majlis perkahwinan dan memberi ibu ku wang yg lbh bnyk berbanding sebelum ni.. Syarikat tersebut merupakan syarikat investment under global company.  Pada mulanya, semua indah belaka.  Officemate aku gempak gilerr,friendly. Layan aku pun setara mcm org lain.  Sebab ada segelintir bila dgr je nama negeri asal aku,  ada yg enggan melayan aku.  Segelintir aee,  bukan semua..  Sampaila satu saat,  bila aku tanya lebih mendalam tentang company ni.  Boss aku ckp "kalau nak tau,  jumpa sy personal.  Awak mesti rasa menarik nanti.  Tak syok cte ramai2. " Aku dpt rasakan something fishy.  Jd aku buat buat lupa nak jumpa dia p

Terlewat merasa susah.....

Assalamualaikum.. Salam jumaat. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas lagi sekali.  Walaupun keadaan faz yg tak berapa sihat sebab jerebu ni.  Di kesempatan ni gak,  faz nak nasihatkan kat korg banyak minum air masak,  elakkan berjalan time jerebu camni, klu bjalan jgn lupa pakai mask..  Haaa.  Bajet encik mimpi sikit.  Hehe.  Faz ni nasihat je tau tp bila part jaga diri sendiri?  Hurm..  Hampeh. Mcm semalam, faz bejalan kaki cari keje bukan guna mask,  redah je.  Padahal ada je mask kat rumah.  Sebab tu la kurang sihat hari ni. Merantau kat negeri org la katakan.  Kene pandai jaga diri.  Berbekalkan cuma RM10,  faz mencabar diri faz berjalan mencari keje.  Korg bayangkan.  Mungkin ada yg nampak "Ala,  ada je jalan tak bawak duit, dapat je hidup. " Tu faz tak nafikan tetapi cuba letak kaki korg kat tempat faz. Sebab nak cari keje, terpaksa berjalan kaki,  dgn duit yg ada RM10 je. Bukan untuk belanja 1hari,  tp untuk 2 minggu.. Kakak faz ada je boleh bantu,

Sakitnya Percintaan

Assalamualaikum, Untuk pertama kali faz rasa sakitnya percintaan.  Sakitnya rasa bila diri tak dihargai.  Mungkin ini rasa bila sudah dewasa dan mengenal erti cinta.  Tempoh perkenalan yg singkat membuahkan satu perikatan dlm hubungan. Ya.  Dulu kami serasi.  Semakin lama,  semakin faz rasa kami tiada persefahaman.  Sekarang faz merantau ke negeri org.  Jauh dari family,  dan kawan kawan.  Yang faz cuma ada,  dia.  Tetali dia seolah2 tak mengambil tau keadaan faz.   Sakit...  Amat sakit.   Masalah kawan baik perempuan,  semua dia tau.  Masalah faz?  Tak pernah ditanya.  Kadang2 faz rasa hubungan ni satu kerugian.  Kadang2 faz rasa ini ujian untuk faz.  Faz sangsi perasaan faz sekarang.  Buntu tak tau jalan penyelesaiannya.  Nak luah?  Hanya Allah yg setia disisi.   Sampai satu saat faz rasa faz nak berundur.  Hurmmm...  Give up mungkin..   Faz terserah segalanya kepada Allah.  Jika dia jodoh faz,  In Sha Allah kami akan bersama.  Jika bukan ditakdirkan untuk faz,  f

Hala Tuju...

Assalamualaikum. Alhamdulillah.  Alhamdulillah.  Selesai sudah majlis tunang dan convocation hari tu..  Sekarang? Melangkah maju sehadapan.  Bermula kehidupan sebenar.  Contract dgn perodua pun da habis.  Jadi plan faz lepas ni, ingat nak cari kerja tetap kumpul duit untk masa hadapan.  Hurmm..  Cakap memang senang. Tanpa usaha habuk pun tada. Banyak yg faz da belajar 21 tahun hidup ni.  Walaupun belum cukup mencabar tapi kira boleh la dugaan mengikut kemampuan faz.  Allah takkan bagi ujian melebihi kemampuan hambaNya.  Ya faz pegang itu dr dulu. Ibu faz selalu pesan "kalau dugaan yg sikit pun tak mampu nak hadap,  macam mane nak berdikari.  Kenelah kuat.  Tak boleh bergantung dengan org. Usaha penting.  Biar kawan2 nak cakap ape.  Tu kehidupan faz sendiri. Jangan nak ikut telunjuk kawan sangat.  Faz kene bijak pilih hala tuju faz.  Ibu takkan halang selagi tak menyimpang dr agama. " Faz akui kebenaran kata2 ibu.  Memang selama faz hidup faz terlalu mengikut kawan.  

Bakal menjadi tunangan org....

Assalamualaikum.. Tik tok tik tok...  Tinggal beberapa hari je lagi diri ni bakal menjadi tunangan org.  Wahhh.  Tak sangka.  Tak plan pun sebenarnya. Tetibe je hr tu mak dia call ibu kate nak tunangkan kami.  Faz?  Terkejut beruk la.  Niat faz datang ke kl sbb nak convo.  Tetibe lain lak jd. Kurang dr sebulan lgi tu. Persiapan tak yah ckp la. Faz beri sepenuhnya kat family faz.  Sbb faz memang tak tau nak sediakan ape..  Allah. Faz harap semua dipermudahkan lah.  Fuyooohhh.  5 hr bulan sept faz sampai kl,  6 hr bulan faz bertunang,  7 hr bulan faz convocation dan balik kuching balik.  Tak ke pack aktiviti faz kat sane.  Huhu. Nak amik gmbar buat cerita pun tak sempat.  Banyak gak kwn faz yg kat kl ckp dorg g.  Jd ade la wakil yg nak amik gmbar untuk faz nanti.  Hehe.  Faz mohon doakan faz ye. LOL. Sekian..

Officially 21 y/o

Assalamualaikum.  11 Julai;  Alhamdulillah.  Genap 21 thn hidup. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas sehingga ke hari ni.  Banyak kenangan pahit dan manis yg terjadi.  Walaupun baru mengenali dunia.  Kata org pengalaman,  mendewasakan kita.  Umur bukan angka untuk mengukur tahap kematangan seseorg. Amboi..  Lama menghilang,  datang2 balik bagi ceramah pulak dahh.  Haha.  Tak tau nak ckp dihari ulang tahun hari jadi sendiri ni.  Ckp lebih kang org ckp ape pulak kan. Nak kate gembira tu?  Rasanya tak kot.  Perasaan takut yg melebih sekarang.  Ye la.  Umur makin meningkat,  dekatnya kita dgn kematian, Ya Allah..  Tuhan je tau rasanya. Seriously,  tahun ni faz memang tak harapkan apa2.  Mcm tahun sebelum ni gak.  Faz tak pernah nak sambut birthday.  Dr dulu lagi kot.  Sedih memang sedih.  Tapi dah lali.  Jadi tahun ni pun,  mungkin mcm biasa gak kot.  Takdeny yg special. Cuma mungkin tahun ni berbeza sebab,  tahun terakhir membujang. InShaAllah.  Dengan izin Allah.

Cemburu? Wajar atau tak wajar?

Assalamualaikum, Kata org cemburu tandanya sayang? Tapi kalau cemburu yg berlebihan tu, tak boleh gak kan? Nak dijadikan cte, semalam faz on the phone dgn bakal suami faz. "waaa. Da dpt gelaran bakal suami" haha. Dia tanya, minggu ni faz ada msg dgn kwn ke tak 'maksud dia tu kawan lelaki' setiap minggu dia mesti akan tanya soalan tu. Faz pun jujur la. Oleh kerana number yg faz guna ni number baru jadi takde seorg pun kwn lelaki faz tau. Kecuali dalam wechat tu banyak la. Tapi selepas ada dia, faz da tak msg lagi dgn dorg. Faz tanya dia, kenapa dia tanya camtu? Dia cakap dia cemburu. Faz pun diam. Sebab selama ni pun kalau ada yg msg faz, faz akan bagitau dia. Mungkin seminggu dua ni faz tak bagitau, takut gak dia syak yg bukan2. Ibu ckp, kalau bende yg kta nak bagitau tu boleh menyakitkan hati org, baik diamkan. Takut nanti boleh timbulkan pergaduhan. Jadi sekarang faz amik langkah berjaga2. Ada bende kte boleh share, tp kalau bende tu menyakitkan, baik tak yah sh

Dugaan bercinta jarak jauh

Assalamualaikum, Alhamdulillah.. Setelah sekian lama tak menerpa masuk blog ni, dpt gak faz curi masa nak membuka blog. Nak katakan takde masa tu tak gak, memang banyak masa. Tapi nak buka blog ni nampak payah sikit. Hihi. Maklum la tengah sibuk bercinta. Oppssss! Bercinta ka kte? Hurmm. Faz pun tak tau.. Tp faz rasa dia la calon yg selama ni faz cari. Memang menepati piawai ciri2 suami mithali dan suami idaman faz. Sering mengingati faz tentang solat, ringan tulang, hormat org tua, pandai memujuk, pandai amik hati, serious dlm perhubungan, yg plg penting terima faz seadanya. Memang menjadi lumrah dalam perhubungan akan ada perselisihan fahamkan? Sedangkan lidah lagi tergigit.. Inikan pula hubungan baru setahun jagung. Tambah tambah lagi bila berjauhan mcm ni. Memang faz akui, hubungan jarak jauh lebih baik sebab dapat mengelak dr membuat maksiat dan selalu berjumpa mcm pasangan lain tapi dugaan dia memang besar. Sekarang ni kami pun dalam proses nak melangkah kehadapan. Mungki

Nasihat ibu bila da jadi isteri org

Assalamualaikum.. Faz syukur sgt sgt dikurniakan seorg ibu yg dapat dijadikan kawan, penasihat, dan pendengar yg terbaik dalam hidup faz. Banyak banyak adik beradik faz, hanya faz seorg yg bersikap terbuka dengan ibu. Tak tau kenapa faz senang nak bercerita dgn dia. Mungkin dia merupakan seseorg yg melahirkan faz kot. Benar la kata org, ibu merupakan sahabat yg terbaik didunia. Kalau faz buat bende jahat pun faz akan mengaku depan ibu, cthnya faz ponteng sekolah dan banyak lagi. Ibu tak marah, tp ibu akan suruh faz janji cukup da buat jahat, lain kali jgn diulang. Itu la ibu faz. Sebab tu faz tak pandai berbohong dgn ibu, walaupun sejahat mana perkara faz pernah buat. Okay, berbalik pada topik.  Setelah faz memberitahu niat utk melangkah ke alam yg lebih dewasa, ibu sering kali memberi nasihat dan petunjuk utk faz. Bila kami berdua sahaja, ibu akan menasihati faz. "Kalau adik da jadi isteri org, adik kene ingat syurga adik bukan dibawah kaki ibu lagi tapi di bawah kaki suami a

Kakak payah nak kahwin....

Assalamualaikum.. Susah gk bile kte ada kakak ni. Bukan susah ape, susah sgt nak disuruh kawen. Huhu. Faz merupakan anak bongsu perempuan ibu. Nak kate faz manja, silakan. Sebab faz akui sekarang faz agak manja. Mungkin faktor umur kot. Okay. Nak dijadikan cte, faz ada dua org kakak. Berumur 24 dan 23. Kalau ikut adat melayu la kan. Kalau nak nikah kene tggu akak nikah dulu, kalau tak pun langkah bendul. Kan? Akak pertama faz, Alhamdulillah tak lama lagi akan melansungkan majlis pernikahan dia. Calon suami org Perak. Hehe. Syukur sgt. Sebab akak jugak la faz berkenalan dgn seseorg yg kebetulan org perak gak. Amboi. Nak same gak. Thanks akak sbb da crkan calon utk adik. Alhamdulillah baik orgnya. Kakak suka, ibu pun suka. Tp tu la masalah faz sekarang, ibu faz dok suruh faz nikah awal sebab bagi ibu kalau dah menemui seseorg yg mampu nembimbing lansungkan je. Ibu dulu pun kawen muda gak. Yg menjadi penghalang faz sekarang ialah kakak kedua faz yg tak reti reti faham yg adik dia ni n

Aku pun tak faham member ni.

Aku tak tau la apa masalah member aku sorg ni kan. Tiba tiba muncul dah tu cakap "Faz dah ade couple dah tak ingat kat kte lagi. Jgnkan nak ingat, nak cte, nak kenalkan kat kte pun tak. Mentang mentang la tgh hangat bercinta. Iya, mane la nak ingat kawan lagikan. Nak ajak lepak pun payah." Eh. Lama ni aku ade couple aku cte kat kau pun kau tak amik tau bhai. Dah tu lama ni kau msg aku, tnye khabar aku pun tidak. Apa ke rabaknya aku nak cte kat kau aku bercinta ng sape. Lagipun sejak bile lak aku ade couple? Yes. Memang aku selama ni dok bercerita kat twitter, moment wechat yg aku jatuh cinta, tp tak semestinya aku bercouple ng org tu. Eh.. sorry, emosi sat. Faz bukan apa, faz memang kurang faham ng member faz yg mcm ni. Selama ni takde lak die tanye kabar kte, tetibe kte dok mereput cte kte jatuh cinta. Dia mengata kte mcm mcm. Bukan aku kahwin senyap senyap pun. Ishh. Nak aku je jaga hati kau kan. Huhu. Lain kali aku report setiap aktiviti aku kat awak ye wahai kawan. Ta

Bercinta semula?

Perasaan ini? Ahhh. 3tahun aku tidak merasa. Muncul dirinya, membuatkan aku berada diawangan semula. Adakah ini dikatakan cinta? Umur bukan penghalang untuk aku menyayanginya. Aku memang kisah jika melibatkan umur. Tetapi setelah dinasihat oleh ibu dan kawan baik ku. Aku mula menerimanya. Perkenalan kami seolah olah dirancang oleh kakak ku sendiri, membuatkan aku tidak tegar untuk melukakan hatinya. Sungguh sukar untuk aku membuka pintu hati ku kembali. Seseorang pernah berkata "Tidak salah jika engkau mencuba bercinta kembali. Mencuba menerimanya seadanya." Sememangnya dia mempunyai ciri ciri yg ku cari. Penyabar, sering mengingatiku utk solat, prihatin, dan yg paling penting pilihan keluargaku. Alhamdulillah, ibu juga merestui hubungan kami. Ibu juga lah yg memberi nasihat kepadaku utk menerimanya dalam hidupku. Ibu berkata "Jika tiba masa utk kamu pergi bersamanya, ibu relakan. Jarak bukan pemisah jika dia benar jodoh kamu. Umur bukan penghalang. Kerana ibu juga

"Lelaki dan perempuan tak dapat jadi kawan?"

Assalamualaikum, Hari ni tetiba member buka satu topik yg menarik perhatian faz nak mendengar. Lelaki dan perempuan tidak dapat jadi kawan? Eh.. betul ke? Mulanya faz amik endah tak endah je topik tu. Tapi bila ada member sorg ni menyuakan pendapat. Fuyohh. Faz agak setuju gak dgn pendapatny. "Aku rasa lelaki dan perempuan memang tak dpt nak jd kwn. Ye la kau tau aje la skarang ni, bila berkawan je, kalau lelaki care sikit, mula la perempuan tu cair, jatuh cinta. Dah tu start angan angan nak tackle, tp bila da dpt tau lelaki da ade pasangan, haaa. Mula la dia nak menjauhkan diri. Sebab tu aku rasa memang tak patut." Mula tu rasa nak bengang gak la kan. Faz pun perempuan tapi bila teringat balik faz memang pernah mengalami situasi mcm tu, jadi faz diamkan diri je la. Tanda setuju. Tapi tak jugak kan. Lama ni faz berkawan okay je. Takde la sampai cair giloss. Mungkin da lali kot temu lelaki caring baq hang ni. Hehe. Oppss. Tu pendapat je k ? Ye la. Masing masing ad

Malu dengan kekurangan diri...

Assalamualaikum.. Pernah tak korg rasa malu dgn kekurangan diri korg? Faz selalu. Sebab faz tau faz ada terlalu banyak kekurangan diri. Kadang kadang faz tak tau pun apa kelebihan yg ada dalam diri faz. Rasa macam faz tak layak untuk sesiapa disebabkan kekurangan diri ni. Ye la. Org banyak ckp "kalau nak cari pasangan, cari org yg dpt terima kelebihan dan kekurangan kte kan" tapi kalau banyak sgt kekurangan layak ke faz ni jadi pasangan?  Sedihnyaaaaaaa... Kenapa mesti ada perasaan nii... Huhu.  Mungkin faz terlalu kurang keyakinan diri kot. Atau terlebih pemalu. Faz pun tak tau. Bila faz dengan org, faz rasa nak lari jauh je. Faz takut dorg nampak kekurangan faz. Faz ni mudah nak di jangka atau di agak. Sebab tu la sekarang faz banyak mengelakkan diri dari org sekeliling faz. Mungkin itu yg terbaik. Kecuali member member faz la. Klau dgn dorg faz memang terlampau selesa. Hee.. Dah macam adik beradik kot. Sebab dorg gak faz mampu bertahan sampai skarang. 😀 Sekian....

Dugaan travelling seorg diri...

Assalamualaikum.. Second day kat KL. Alhamdulillah. Selamat gak sampai wlaupun banyak dugaan nak sampai kat sini semalam. First, flight delay sejam. Nasib baik iman ni kuat, klo tak dah lama amik beg chow terus. Flight sepatutnya pukul 5.. Sebab tak tau 6 lebih kot gerak dr Kuching. Dah tu 7 lebih pilot bgi signal nak landing. Syok sgt la sbb perut memang dah lapar sgt. Plan memang nak mkn trus lepas sampai sana. Dah tak nak delay lagi. Gastrik kot dr pagi tak mkn sbb excited. Baru je nak landing, nahhhh. Aeroplane tiba tiba naik balij, buat entah berapa pusingan. Menggelabah la semua penumpang dlm tu. Setengah jam kot terkandas dah tu baru pilot inform landing buat kali ke dua. Mungkin terlanjak landing ke apa ke. Alhamdulillah, selamat gak sampai dalam pukum 7.45ptg. Okay faz memang tak sabar nak jumpa akak bawa g mkn then...... Ada lak sorg mak cik ni suruh faz temankan dia g amik bagasi and tunjuk jalan keluar. Kalau ikutkan mood masa tu memang buruk sgt tp sebab kesiankan dia ok

Jaga tepi kain org!

Assalamualaikum. Tak sabar rasanya nak bercuti di KL. Nak jumpa kakak. Dah 7bulan tau tak jumpa. Penat pujuk akak belikan tiket, dapat gak. Faz berniat nak stay lama sikit dgn akak. Tp akak sibuk keje. Lagipun faz ni penakut orgnya jd stay kjap je la kat sana. Lama2 jauh dgn ibu kang rindu lak kan. Hehe. Banyak yg nasihatkan faz spy berhati hati kat negeri org. Alaa. Bagi faz sama je la kat mane mane pun. Kalau tau jaga diri, In Sha Allah selamat. Kite kan ada Allah yg melindungi. Tak kira la kat mane, kalau Allah nak bagi ujian pun kte tak dpt nak elakkan. Jadi berdoa je la. Satu je la yg faz tak puas hati, ada lagi manusia yg suka sgt jaga tepi kain org ni. Ada ke dok ckp faz g KL sebab nak foya foya. Pelempang kang. Kte jumpa akak kot. Nak foya lagu mana. Minat pun dok. Perghhh. Takpe la. Mulut org tak leh nak kasi tutup. Sabar je la. Yg penting niat faz ke sana tak menyimpang. Semoga hang dibagi petunjuk la hendaknya ye. Sekian..

Dua jenis tabung; Tabung dunia dan Tabung akhirat

Assalamualaikum, Salam jumaat. Nak dijadikan cerita, hari tu Faz pergi hospital, sebab sakit mata. Tak tau kenape tetiba je mata bole bengkak. Terjumpa seorg kakak ni. Comel sgt sgt. Cara pemakaiannya cukup melambangkan akhlaknya. Kata org "don't judge a book by its cover." Kan? Jadi sebab terpegun dgn ciptaan Allah tu, Faz pun duduk la sebelah dia. Fuyoohhh. Senyuman kakak tu pun manis sgt. Baru je nak melabuhkan punggung ni kakak tu pun bagi salam. "Assalamualaikum" Tercenggang 5 saat sebelum menjawab salam. Mula la kakak tu bertanya nama dan blablabla. Bukan je cantik, tapi lemah lembut dan peramah orgnya. Kalau la Faz ada abg dah lama faz kenalkan dia dgn abg faz. Hehe. Sampai la satu topik tu yg membuatkan faz terfikir dgn nasihat dia. Walaupun baru kenal, tapi dia layan faz seolah olah macam adiknya sendiri. "Faz tau tak, ada berapa tabung kita sebagai manusia?" "Tabung? Tak tau. Faz tak guna tabung, faz simpan duit guna kad bank je kak

Sedikit sebanyak.......

Assalamualaikum.. Alhamdulillah. Laksana sudah tugas sebagai seorang student dan pelatih. Now what? Mula langkah, mencari sinar hidup baharu. Bila da tak study ni, pening gak nak fikir kerjaya baharu. Tak tau nak buat apa selepas ni. Banyak sangat pilihan. Nak sambung degree ke, nak keje dulu ke, nak rehat dulu. Perancangan? Mulanya faz fikir, nak sambung degree, bulan 3 ni kat MMU (Multi-Media University) tapi bila faz bincang dengan fam and member, dorg ckp elok keje dulu, bantu ibu dan adik. Hurmm.. Lepas dulu kot peluang nak study? Arghhhhh. Tak tau la. Biar masa menentukan. Nak cte panjang sebenarnya ni, sebab lama dah tak menaipkan, tapi nanti la... In Sha Allah..... Fikiran pun masih melayang sebab sedih dengan kehilangan para ulama.. _____________________________________________________________________________ Hari ni, kita digemparkan dengan pemergian  Almarhum Tuan Guru Nik Aziz & Dato' Haji Hasbullah Awang ,  dengan tokoh AsSyahid Hassan Al Banna, pada 12

Aku tak ingat...

Assalamualaikum.. Tak tau kenapa hari makin hari memori hidup aku semakin menghilang.  Sekarang aku semakin jarang untuk bercerita di dlm blog. Setiap kali aku cuba flash back kenangan yg terjadi dlm hidup aku utk dijadikan cerita, aku gagal. Semua umpama tinggal kenangan, tiada satu pun aku ingat. Malah kenangan bersama sahabat, bekas kekasih, keluarga, member, tiada satu pun aku ingat. Kenapa? Kenapa? Skemanya ayat faz. Hehe. Sebenarnya takde apa yg nak dirisaukan. Kecewa tu memey ada la kan. Tapi bila faz fikir balik, mungkin ada hikmah kenapa faz jadi pelupa tahap tak tau mcm mane nak cakap. Apa yg dpt faz buat skarang hanya mampu berdoa agar dikembalikan kenangan dan memori indah bersama keluarga dan sahabat. Faz perasan yg faz mula tak ingat, setiap kali faz buka blog dan mula nak bercerita. Sampai ada satu saat tu, faz paksa diri untuk bercerita hal someone, faz sampai menangis sebab memang tak dapat nak ingat. Nama dia pun faz boleh lupa. Sedangkan dia org yg terpenting dal

Minggu terakhir...

Assalamualaikum, Fuhh. Lama betul tak menaip. Hehe. Maklum la org sibuk dgn banjir, faz dok sibuk bekerja. Sedar tak sedar esok merupakan hari terakhir faz pratikal kat Telekom Malaysia. Perasaan tu? Nak kata sedih tak gak, lega gilerrr da lepas satu beban. Lepas ni kiranya nak focus dgn final exam lak. Tahun terakhir blaja la katakan. Hehe. Excited, tak sabar nak amikk jenazah... Ehhhh. Jenazah lak. Ijazah la. Hehe. Jenazah tu pasti. Okay. Nak cte panjang pun, kang korg tak nak bacakan. Faz happy sebenarnya, da dapat num and phone baru. Tapi kali ni, faz beli phone murah je and besar, bila terlepas pandang senang kit nak cari. Trauma kehilangan phone tu masih menebal tapi nak wat camne ramai member request beli phone sebab senang la nak contact. Hope lepas ni faz lebih hati hati guna phone. Takut lak pisang berbuah berkali kali. Biar pun handphone murah, tapi faz tetap sayang harta benda tau. Tu la asset yg faz dapat beli guna duit sendiri. Ada gak yg kata, handphone faz hilang

Aku ingin mencintai-Mu

Image
Soundcloud: Aku Ingin Mencintai-Mu cover by Zakuan Ahmad Tuhan betapa aku malu Atas semua yang Kau beri  Padahal diriku terlalu sering  Membuat-Mu kecewa Entah mungkin karna ku terlena  Sementara Engkau beri  Aku kesempatan berulang kali  Agar aku kembali Dalam fitrahku sebagai manusia  Untuk menghambakan-Mu Betapa tak ada apa-apanya  Aku dihadapan-Mu Reff: Aku ingin mencintai-Mu Setulusnya,sebenar-benar aku cinta Dalam do'a  Dalam ucapan  Dalam setiap langkahku Aku ingin mendekati-Mu  Selamanya Sehina apapun diriku Kuberharap untuk bertemu  Dengan-Mu ya Rabbi

Bila isu Kpop dan gadis bertudung menjadi bualan......Aku~

Assalamualaikum, Lepas satu satu yg terjadi kat Malaysia. Lepas isu banjir, muncul lak isu airasia. Dan sekarang ni aku tengok kecoh kat laman sosial isu "anak melayu dicabuli artis kpop". Aku tak nak la buat spekulasi lebihkan. Tapi sekadar nak melahirkan rasa dihati, nak kongsi pendapat. First, aku tak nak upload video tu dan gambar tu. Bukan apa, berdosa kalau kita buka aib orang aku tak nak nanti, aku lak yang merangkak di padang mahsyar nanti. Nauzubillahiminzalik. Minta dijauhkan. Lepas isu ni, ramai gak aku tengok komen yang tidak menyenangkan kat laman sosial. Mungkin bagi sesetengah pihak terutama golongan remaja yang macam aku ni akan cakap. "Ala. Perkara biasa la tu. Ramai lak couple yg sibuk berpeluk sana ke mari, tak de pun yang kecoh." Sejujurnya aku cakap, walaupun aku masih remaja, masih muda tapi aku memang berfikiran kolot, berfikiran 90-an. Aku ngaku, aku pun tengok cerita kpop gak......... jadi tak berani nak komen lebih hal kpop ni. Kang

Kau "unfriend" aku?

Image
Surprise giler bila dapat tau ada member "unfriend" kita kat semua laman sosial. Dulu bukan main rapat bagai nak rak. Now? Aku tak tau apa masalah hang sampai nak p unfriend aku bagai. Setahu aku, aku memang tak pernah cari masalah kat orang terutama member aku sendiri. Kalau memang aku ada masalah dengan dia, dia boleh je jumpa aku kot, settle cara baik. Bukannya tak tau rumah aku kat ne. Aku tak tau lagu mana salah aku sampai depa buat aku camni. Nevermind. Aku tak teriak. Cuma..... Ouch la gak. Dulu dia rapat giler dgn aku. Kesana, kemari dgn aku. Baru berpisah 5 bulan kot. Takkan dah tak nak anggap aku kawan. SATTTT!  Apesal loghat aku pelik sangat ni. Haha. Terkejut sangat kot~ Takpe la. Aku memang tak kisah kalau dia dah tak nak kawan aku lagi. Kita dah besar kot. Takkan masih nak bersikap macam budak budak. Nak "unfriend", "friend" bagai. Last aku unfriend orang pun, waktu umur aku 14 tahun. La ni, tak main dah benda tu. Jadi ikut suka

Boleh ke aku buat?

Image
Assalamualaikum, Setiap manusia mempunyai keinginan, impian, cita cita, hobi. Begitu juga aku. Mungkin semua tu mempunyai maksud yang berlainan, tetapi bagi aku keinginan, impian, cita cita dan hobi aku hanya satu. Untuk menjadi seorang penulis. Seorang penulis? Mungkin ada yang tak faham penulis yang macam mana aku inginkan. Penulis yang bukan inginkan populariti atau dikenali. Penulis yang melahirkan perasaan ingin mengungkap rasa syukur dengan kehidupannya. Penulis yang berILHAMkan perasaan melalui setiap cerita, puisi untuk dikongsi bersama. Boleh ke aku buat? Sejak berumur 12tahun. Hobi aku minat membaca novel. Novel je! Kalau disuruh baca newspaper, buku teks, memang aku akan bengang sebab tak minat. Dulu moto aku, 'Kalau tak minat, tak yah buang masa buat.' Sebab tu ibu selalu bising cakap, "Budak ni pandai, tapi malas. Geram ibu...." Hehe. Kadang kadang tu selalu gak mendalami watak heroin dalam setiap novel yang ku baca. "Aku berangan la, a

Finally!!

Image
Assalamualaikum, Nampaknya apa yg aku takut takutkan akhirnya terjadi gak. Sedih memang sedih tapi nak wat camne itu dah pilihan dia. Mungkin kami tak ditakdirkan bersama. Okay... Ctenya camni. Before ni faz ada minat kat sorg mamat ni. Minat yg camne ekk? Tak tau nak explain. Mungkin suka tengok muka dia serupa retis korea yg faz minat kot. Yang ni. Kenal ke? Hehe. Ermm. Lee Jong Suk. Faz minat giler tengok lakonan dia. Paling faz suka tentang dia? Tu haa. Senyuman dia. Fuhhh. Cair. Tapi tu bukan pointnya. Faz akui faz minat mamat tu sebab retis ni. Nak kata muka dorg sebijik tu tak la, tapi ada la iras iras.  Faz kenal dia kat insta tp faz tak follow pun dia, then tengok ada link twitter dia. jadi faz follow la twitter. Dia pun DM cakap thanks follow. Faz balasla. Lama kelamaan kteorg pun kawan. Bertukar phone number, lebih senang nak whatsapp 'Mohon jangan fikir aneh.' Hehe. Selalu dia yg msg faz, nak harapkan faz msg? Hampeh. Pemalu giler. Nak kata dia baik

I'm turning 21.....

Image
Assalamualaikum, Tahun lepas, masa umur meningkat angka 2 di depan, faz mula risau. Banyak benda yg bermain diotak. Lama gak nak terima kenyataan yg diri ni dah menjangkau angka 2. Tahun ni lak? Dah meningkat angka 1 kat belakang. Amboiii. 'Tak suka ka hang?' Tak la. Bukan tak suka ke apa sebenarnya bila umur semakin meningkat. Apa yg faz risaukan, bila umur semakin meningkat, banyak lak benda yg bermain dikepala ni haa. Member selalu cakap "Alaa, tambah satu je kot, kau nak risau apa? Kitakan masih muda." Memang la. Tambah satu ke tambah dua ke, muda ke tua ke. Jangan lupa "mati" tak kira kau muda ke tua. Bila bila ajal boleh menjemput. Bila umur semakin meningkat, apa yg kita dapat fikirkan hanya tanggungjawab di dunia. Macam mana nak dpt duit utk masa hadapan, macam mana nak jadi seorg yg berjaya, macam mana tu macam mana ni. Sebagai org muda, kalau di ikutkan hati masih mau nak enjoy macam org lain. Tapi someone pesan kat faz: &quo