Biarlah Waktu

Assalamualaikum,

Here we go. Pagi sabtu yg membosankan lagi menenangkan. Hari ni tak tau nak buat apa. Kebetulan kawan sama sekolah faz minta ajar guna blog dan untuk kesempatan itu sambil ajar dia guna blog, sambil tu gak faz akan blogwalking seharian ni. Bosan? Eh tak la.. Blogwalking tak membosankan bagi faz la. Aktiviti yg paling best dan tak menyakitkan hati sendiri. Lebih baik hidup dengan blog, sebab blog takde perasaan, nak marah ke sakit hati ke sedih ke, blog buat tak tau je dari hidup dgn org bila kita ni dipandang hanya....... takyah nak ckp la k. #deep

Jadi hari ni, aktiviti faz akan meneroka dunia blog. Hope tak lalai. Hehe. Kebetulan ibu dan adik masih di kl dengan akak faz, jadi takde org yg akan bising tengok faz depan laptop. Kalau ada pun, sukati hang la labu.

Kalau la ibu faz benarkan faz jd seorg penkarya, indah sungguh hidup faz. Cari duit pun hanya dengan berkarya. Tak yah jumpa dgn org yg banyak ragam. Tak tau camne nak cakap dgn ibu yg faz minat giler nak berkarya, jd penulis novel macam yg lain. Tu bukan penghalang nak berjaya. Berkarya pun satu kerjaya yg halal. Tapi nak buat camne ibu cakap "no means no!"

Apa pun yg terjadi, Faz Redha je. Someone  yg pernah rapat dgn faz selalu cakap. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni. Allah mengetahui apa yg tersirat dan tersurat pada kehidupan hambaNya. Aku (HambaNya) hanya mampu berdoa. Rindu lak faz dgn dia. Walaupun hanya berkenalan di laman sosial tapi dia memang seorg yg baik. Faz senang nak tanya pendapat dengan dia. Pernah sekali tu faz ckp kenapa dia nak berkawan dgn faz sedangkan faz tak cantik, tak friendly, banyak kekurangan, pendek and so on. Dia cakap "Faz cakap camtu seolah olah, faz tak syukur dengan kurniaan Allah. Faz cacat ke? Hidung senget ke? Mata satu ke? Takkan. Allah bagi sempurna tubuh badan. Siapa kita nak mempersoalkan ciptaan Allah. Kalau faz ckp camtu lagi, sy tak nak kwn dgn faz." Kata kata dia buat faz sebak. Terkedu. Betul sgt apa yg dia cakap. #deep

Tapi kita org berkawan tak lama. Dia da temu someone special dlm hidup dia. Faz tak nak jd penggangu hubungan org, biarpun hanya sebagai seorg kawan. Kang jatuh hati, susah lak. Baik mengundur diri teruskan. Faz doakan dia bahagia selalu. Biarlah waktu menentu segalanya..

Sekian...

Comments

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah