Posts

Showing posts from 2013

Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirinya bukan untukku Redha hatiku dengan ketentuan-Mu Ya Allah Engkaulah tempat kubergantung harapanku Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Takdir Illahi.

Kau yang pertama dan terakhir, Kau tanggungjawabku, Aku bersyukur dgn ketentuan Illahi, Kita ditakdirkan bersama. Walau apa jua rintangan, Akan ku tempuh bersamamu, Jika ini yang terbaik, Ku harap kita kan bersama. Ku mencintaimu dengan seadanya, Jodoh yang tertulis utkku, Takdir menemukan kita, Ku harap kekal selamanya.

Kata Kata Wardina Safiyyah yg menjadi pedoman hidup

Bahagianya jika boleh mengucapkan Selamat tinggal pada dosa! Ucapkanlah pada diri - Saya diciptakan Allah terlalu baik untuk membuat kemungkaran. I’m just too good for all this maksiat. Satu lagi perkara yang diperlukan jika mahu berubah, itulah dia- SOKONGAN. Benar, banyak perkara sukar dilakukan sendirian. ‘Support Group’ sebenarnya sangat penting. Seperti mereka yang mahu meninggalkan tabiat minuk arak di Barat. Kumpulan ‘Alcoholic Anonymous’ memberi sokongan, dorongan dan kekuatan kepada mereka. Sudahkah kita membentuk kumpulan sokongan untuk membantu mereka yang benar-benar mahu berubah? Sudahkah kita memimpin tangan mereka memberikan sokongan, galakan dan kasih sayang? Sedih, namun kadangkala sebaliknya berlaku. Apabila ada yang mahu berubah, kerana perubahan itu kecil atau belum cukup sempurna, makin banyak syarat, arahan, kata sinis dan perlian diberikan. FIkirkanlah. Kepada mereka yang mahu berubah pula, sudah cukupkah ANDA MENCARI? Ada ramai manusia diluar sana yang sud