Posts

Showing posts from November, 2014

Sedih, terharu bergabung menangis

Assalamualaikum, Malam ni faz nak luah perasaan je kat sini. Jadi faz mohon awal awal, kalau meluat or tak suka, tolong jangan baca. Tengah emosi giler ni. Faz sebenarnya tengah sedih sangat sangat, kecewa, punah harapan, rasa nak nangis Tuhan je yg tau. Tak yah la nak dicte sebab apa kan. Biar org tertentu je yg tau nape faz sedih. Tadi faz call kwn faz, sebab buntu sgt. Call guna phone ibu la. Nak guna phone sendiri, top up pun takde lagi. Jadi faz call dia minta pendapat dan jalan penyelesaian bagi masalah faz ni. Nak tau dia cakap pe? "Alaa. Poyo ahh minah ni. Aku ingat masalah besar tdi. Ingatkan kene tangkap Jais ke, polis ke apa ke. Ishhh. Masalah semut je ni, pijak je terus mati." Boleh lgi dia cakap masalah faz tu masalah semut. Geram tul la. Sakit hati. Bagi faz tu antara masalah terbesar faz tau. Huhu. Dia cakap lagi. Tapi kali ni faz betul betul terharu. "Okay, aku minta maaf. Tapi betul la faz, masalah kau ni kalau nak di ikutkan bukannya besar mana. A

Keindahan Sabar

Assalamualaikum, Maksud sabar itu adalah menahan diri daripada keluh kesah terhadap sesuatu yang tidak kita sukai. Menurut Imam al-Ghazali : “Sesiapa yang ditimpa sesuatu musibah, walaupun ia tidak mengeluh tetapi sifatnya berubah daripada kebiasaan, maka itu tanda dia tidak redha dengan apa yang menimpanya”. Beliau juga menegaskan sabar itu mempunyai dua sifat iaitu yakni bersifat fizikal yang berupa seksaan, penyakit dan kesusahan yang menimpa jasad dan sifat kedua, dari segi rohani seperti ejekan, perpisahan, kekecewaan, kegagalan, kematian dan kebanyakkan perkara yang menekan nafsu dan bertentangan dengan kehendak diri. Sabar itu bukan satu perkara yang mudah dilaksanakan kerana padanya terdapat kesulitan dan kepenatan. Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Muslim “Dan solat itu laksana sinar rembulan, sedekah itu bukti keimanan, sedangkan sabar itu laksana sinar matahari”. Manusia, haiwan dan tumbuhan memerlukan sinaran mentari untuk meneruskan kehidupan walaupun ia p

Kerana persahabatan lebih bermakna

Image
Assalamualaikum, Tengah dok layan drama korea Lie to Me. Teringat lak someone yang pernah bergelar sahabat dalam hidup Faz. Lama gak faz tak cte hal dia. Nak cakap faz rindu tu, tipu kalau cakap tak. Baik buruk dia pun, dia pernah bergelar sahabat paling baik dalam hidup faz. Tanpa faz sedari, yang ni masuk entry ke 6 faz cerita hal dia. Sebenarnya, lagu dalam blog faz, Gara Diriku by Ajai faz letak sebab nak menceritakan apa yang faz rasa selama ini dan apa yg faz nak buat utk dia. Kira faz letak tu ditujukan khas untuk dia. Mungkin peluang untuk dia baca segala cerita faz agak tipis tapi tak salah untuk mencuba? Dalam tempoh perkenalan kami, diakui tutur kata si dia memang agak kasar tapi dalam sedar tak sedar dia merupakan seorang sahabat yg prihatin dan romantik. Before pergi tuisyen, kami selalu datang awal sebab nak lepak sama, Dia akan ajak faz pergi kedai sebab kami memang suka giler makan ais cream. Setiap kali time nak bayar, dia la yang akan keluarkan duit. Ala bagi

Ilham dan semangatku

Assalamualaikum, Sejujurnya sekarang faz rasa mula give up nak menulis blog. Mula rasa malas nak menulis sebab ketandusan idea. Hari hari faz blogwalking baca cerita blog orang, kadang kadang faz tanya kat kawan kawan dan family faz cerita dorg utk faz sematkan dalam blog. Bila faz fikir balik, 'Eh, aku takde cte sendiri ke? Asyik nak cte hal org je.' Mula la faz rasa humble sangat. Tengok org lain kusyuk je cte hal dorg, tapi faz? Takde satu pun cerita yg menarik. Sampai ada satu time, faz hampir buat keputusan utk delete blog dan tinggalkan satu satunya perkara yg paling faz minat dan yg faz anggap kelebihan dalam diri faz. Tiba tiba faz tergerak hati nak baca blog Encik Mimpi. Kenalkan mamat bertopeng ni? Faz dapat ilham dari setiap kisah hidup dia. EM pun mula dari org yg biasa biasa, tak dikenali. Faz tabik sangat dengan kejayaan EM. Hope EM sentiasa menjadi seseorang yg boleh dijadikan contoh untuk remaja. Nak gak tanye EM, rahsia rahsia yg membuatkan EM berjaya. Ti

Kelebihan hari Jumaat

Assalamualaikum, Salam Jumaat. Hari ni faz nak share sedikit sebanyak artikel yang sempat faz baca semperna hari jumaat yg penuh dengan kebaikan. Semoga kita bersama sama mengambil iktibar dan manfaat pada hari jumaat ini. Hari Jumaat adalah hari hari besar di sisi Allah dan dikhususkan bagi umatnya. Ini jelas daripada Firman Allah yang bermaksud : "Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamu mengingati Allah serta tinggalkan jual beli. Inilah yang lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui". (Surah Jumaah ayat 9) Dalam ayat itu, Allah melarang manusia bekerja dan berusaha untuk kepentingan dunia sebaik ia mendengar seruan azan solat Jumaat. Larangan ini menggambarkan bahawa menunaikan fardu Jumaat penting dan wajib dikerjakan. Dalam hadis lain Rasulullah mengatakan hari Jumaat adalah hari yang besar disisi Allah. Ia lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha. Pada hari Jumaat kita disunatkan pergi ke masjid awal,sekurang-kurangnya sebelum t

Kenapa mesti ada ilmu? Pesan Boss ku

Assalamualaikum, Hari ini rasanya faz teringin nak share sikit  nasihat yang pernah boss faz kongsikan. Boss faz yg faz cakap garang tu, sebenarnya takde la garang mane pun. Dia baik sebenarnya, cuma cara percakapan, dan mukanya yg garang tu buat org sering salah anggap kat dia, termasuk faz. Hehe. Sekarang alhamdulillah hubungan kami di office semakin baik. Faz pun dah selesa dengan dia, cuma perlu lebih berinteraksi dan komunikasi dengan dia. Faz bersyukur dan beruntung dipertemukan seorg boss yg prihatin dan tidak lokek ilmu. Pertama sekali faz masuk sini, boss sering berpesan, " Walau pandai macam mane pun awak, bijak mane pun awak masa kolej, tapi sy tak pandang semua tu. Di alam pekerjaan, apa yg sy pandang cuma attitude, keberanian awak untuk belajar benda baru. Sebab tu ilmu itu penting, tak kira apa pangkat awak, kalau awak ada ilmu, orang akan hormat awak. Even kalau pangkat awak cuma seorg pekerja biasa kalau awak ada ilmu, awak takkan takut untuk bersuara. Justeru,

Dulu tak suka, Sekarang terlebih suka~

Assalamualaikum, Teringat zaman sekolah rendah dulu dulu. Dulu faz seorang yang brutal. Suka giler warna hitam dan tak suka warna pink. Setiap kali faz tengok perempuan guna warna pink, start la buat muka "burok". Haha. Jahatkan faz? Zaman dulu, ibu faz suka bagi faz guna baju orang lelaki. Faz tak pernah guna blouse, gaun and jarang guna baju kurung kecuali time sekolah or ada event yg memerlukan baju kurung. Memandangkan kakak kakak faz juga seorg yg agak kasar. Kakak faz dulu pun lebih brutal dari faz. Faz ikut je jejak dorang. Tapi bila kakak faz meningkat dewasa, dia ubah perangai jadi seorang gadis. Cara pemakaian, tutur kata, perlakuan, dari atas sampai bawah memang ladies. Bila faz tengok perubahan mendadak dorg, faz pun jadi hairan. "Ehhh, buang tabiat ke akak aku ni?" Masa tu lagi kecil, tak tau sangat. Semakin hari, kakak faz mengikuti cara permakaian peredaran masa. Faz lak masih dengan cara faz, pakaian masih kelakian. Akak faz pernah tegur "Ka

Nak duit dengan cepat? Tanpa sebarang pembayaran

Assalamualaikum. Semalam tengah faz dan kwn faz dok boring dalam office. Boss faz datang dan memperkenalkan satu link ni. Mulanya faz memang tidak percaya. Boss cakap apa salahnya kita mencuba. Kalau cuba pun, kita tidak rugi apa apa dan tidak dikenakan bayaran. Kalau betul, kita yg untung mendapat cek dari mereka. Walaupun dengan perasaan yg penuh ragu ragu, faz pun mencuba. "INCOME RM900 sehari.. FREE REGISTER.. tiada apa2 bayaran dikenakan.. (Kalau anda rasa program ni menipu, anda tidak rugi apa2 pun, anda tak perlu keluar modal pun kan??..) tak perlu cari orang, tak perlu jual barang.. syarat kelayakan anda ada FACEBOOK, WHATSSAP, WECHAT dan tahu guna komputer sikit2 termasuk laman sosial yang lain.. anda perlu open link dibawah dan register.. anda terus dapat USD25×3.4=RM85.00..lepas tu anda akan dapat link anda sendiri dan copy ayat2 saya ini.. paste kt fb,tweeter dan sebagainya.. setiap orang yang buka link anda, anda akan terima USD10 ×3.4=RM34.00..MUDAH kan..??anda b

Disebabkan Game aku geram

Assalamualaikum, Seperti yg korg sedia maklum, aktiviti game seperti COC, candy crush, and so on semakin berleluasa di kalangan masyarakat malaysia. Chewahhhhhh. Bercekarama pulak budak ni Apa yg faz cuba katakan sebenarnya kenapa faz benci sangat benda yg dinamakan game ni. Tak dinafikan, faz juga pernah bermain game. Tapi sekarang ni memang jarang kalau boleh, tak nak main lagi. Nak tau sebab apa? Adik faz, Abob dan ibu faz memang addicted sgt bermain game. Tu yg faz benci sgt game ni. Kalau ada je masa terluang, dorg confirm akan cari game dulu. Ada je masalah, dorg mesti selesaikan dgn bermain game dulu. Kadang kadang kalau faz balik keje, kan kte penat,dulu faz selalu cte kat ibu faz, dia dgr then bagi nasihat. Sekarang, faz cakap dia akan iya kan je. Adik faz lak, dulu kalau faz marah or bising kat dia, dia confirm tak kering gusi buat faz gelak. Sekarang, kalau faz marah, dia buat tak endah je. Seolah olah ada moto baru kat rumah faz. KEEP CALM AND PLAY GAME. Faz bukan n

Mensyukuri Nikmat Allah s.w.t

Kita diberi kemewahan Kita diberi sifat yang sempurna Kita diberi peluang untuk hidup Kita diberi akal untuk berfikir Pernahkah kita bersyukur Pernahkah kita bersedekah Pernahkah kita hargai Pernahkah kita menjaganya Kemewahan bukan segala galanya Duit tidak dapat di bawa ke kubur Ya! Kita tahu itu Tetapi itu yang kita kejar Allah menguji kita dengan kemewahan dunia Adakah kita akan bersyukur dengan apa yg kita dapat Allah memberi peluang kita guna setiap masa yang ada Adakah kita menghargai setiap masa Untuk berbakti kepadanya Aku hidup kerana Allah Kerana takutkan pembalasanNya Kerana inginkan nikmat akhiratNya Aku syukur dengan ada Nya Aku tidak perlu benda lain Aku tidak perlu kekayaan dunia Kerana ku kejar hanya satu KeredhaanNya Di Akhirat kelak Doa Mensyukuri Nikmat Allah S.W.T “ Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya  selalu mensyukuri  akan  nikmat-Mu yang  Dikau kurniakan padaku dan kepada ibu bapaku, dan s

Selepas ini?

Assalamualaikum, Faz sebenarnya tgah stress memikirkan masa depan. Sedar tak sedar tinggal 2 bulan lgi faz nak habis pratikal. Boss faz selalu tanya, "After pratical nak buat apa? Apa cita cita? Nak jadi apa?" Nak tau apa jawapan faz? "Faz tak tau boss. Belum fikirkan lagi." Mesti boss faz fikir yg faz seorg yg takde cita cita. Mana tak nya, jawapan tu hanya budak sekolah rendah je boleh bagi. Ni? Budak diploma yg jawab camtu. Huhu. Memalukan tu memang memalukan. Tapi itu la jawapan faz setiap kali ditanya. Faz tak tau mana hala tuju yg faz nak pergi selepas ni. Bidang yg diambil terlalu jauh dgn minat faz. Faz sejujurnya kurang minat dgn apa yg faz ceburi. Sukar untuk faz memikirkan. Sebab minat faz lebih kepada blogging. Faz terlalu minatkan bidang sastera. Kalau korg jadi faz apa yg korg buat? Jadi mungkin selepas ni faz akan bekerja dgn keluarga, sebab keluarga faz pun harapkan faz berbusiness sambung apa yg dorg dah usahakan sehingga kini. Dalam masa yg s

Al-Fatihah buat Mama awak... :'(

Assalamualaikum, Pernah tak korg rasa, satu perasaan rindu yg teramat sgt kat org yg korg syg? Pernah tak korg rasa macam mana perasaan kehilangan org yg korg sayang? Satu perasaan yg amat meruntun jiwa. Betul tak? Tengah faz dok godek godek IG atau nama panjangnya Instagram, stalk kawan lama2 faz, tgn faz terhenti dekat satu gambar dan captionnya membuatkan hati faz sebak. Gambar arwah ibunya yang baru meninggal dunia. "Hancur rasa hati aku bila mama meninggalkan aku, aku akan sentiasa rindu dgn awak ma, bergosip, bergurau, marah, nasihat, masak, tidur dengan aku, dan benda yang akan paling ku rindu bila mama cium dahi aku sebelum aku kluar dan mama akan cakap 'I LOVE YOU' , aku jawab 'I LOVE YOU TOO Mama' tp Allah lebih sygkan mama. Semoga mama tenang disana. Aku akan sentiasa mendoakan utk mama." Betapa sedihnya perasaan insan ini ketika kehilangan ibunya. Faz faham sebab faz pernah kehilangan ayah. Tapi untuk kehilangan ibu? Sukar untuk faz lafazkan

#AwakKatMane jadi trend?

Image
Assalamualaikum, Awak kat mane? Awak awak kat mane? Haha. Tu la soalan yg selalu faz dapat dan faz tanya kat org. Kadang kadang tu, sampai fed up kte ditanya kat mane. Tapi nak wat camne, da jadi trend masa kini. Pernah faz boring sangat time tu, faz g melalak menyanyi lagu ni, kawan faz bising aaa. "Kau ni dah knape?" Faz cakap je. "Awak kat mane? Awak awak kat mane?" Macam macam nada yg faz keluarkan. Manja, sedih, garang, lembut, kasar. Semua ada. Sampai kwn faz da tak nak cakap dgn faz lagi. Hehe. Tengok? Sebab lagu pun bole tak bertegur. Tapi tu bukan point yg faz nak cakap. Sebenarnya faz nak puji pembikinan lagu masa kini, perasan tak zaman lagu "Havoc" dulu? (tak la dulu sgt) Tu pun jd trend. Begitu gak "Aku tanya apa khabar?" dan "pasar malam". Tu menunjukkan bahawa komposer dan penyanyi Malaysia memang hebat hebat belaka. Nak tau kenapa? Setiap kali faz berjalan, dok dengar org muda main lagu ni, bercakap pun guna intonas

Jangan marah-marah

Assalamualaikum, Mulakan hari anda dengan senyuman. Tak tau kenapa bibir ni tak henti nak berikan senyuman kat org. Hati ni gembira semacam je. Kan biasa kalau perempuan tengah datang bulan mood dia agak menakutkan, agak tak betul sikit. Tapi Faz tak tau nape, sejak dtg bulan, mood asyik nak gembira je. Betul ni, tak tipu. Hehe. Mungkin ada benda yg menggembirakan kot. Agak agaknya apa ekkk~ Faz pun tak tau. Yang penting faz gembira kalau faz gembira. Ehh. Pelik ke? Faz harap sangat takde org yg tukarkan mood faz hari ni. Faz teringin nak gembira sampai esok dan seterusnya. Faz ni kalau marah atau bad mood memang scary tauu~ Betull. Kalau tak percaya, bole tanya kat orang yg kenal dengan faz. Hehe. Takde la. Faz kalau marah, memang tak suka nak marah, melenting and so on. Kadang kadang faz diam je, kadang kadang menangis, kadang kadang faz akan bising benda yg takde kene mengena. Kalau faz cakap yang ngah marah, ada gak kawan faz yg akan tanya, "Eh, Betul ke kau marah? Macam

Bila "I'm in love" aku disalah tafsir

Assalamualaikum, Hampir terlupa esok hari isnin. Tengah syok sgt bercintakan. Faz post status "I'm in love" ramai pm faz tanya dan wish tahniah. Haha. Korg memang tauu. Tak pernah nak fikir benda lain. Memang in love ni perlu dgn org ke? Ada yg doa faz sampai ke jinjang pelamin. Alaaa. Poyo. Haha. Sebenarnya memang salah faz gak, buat statement yang tak nyata. Tapiii faz tak pulak nak menidakkan tafsiran org. Nak tau kenapa? Sebab faz nak kaji sejauh mana tafsiran yg dorg buat tu betul. Ada pulak kawan faz yg pm cakap faz buang batu, kata kawan tp da ada kekasih lupa kawan. Tak cte lg kat kawan apa semua. Entah apa apa la. Aduii. Pusing kepala faz. Jadi di sini, faz nak betulkan apa yg faz cuba maksudkan. Sebenarnyakan faz In Love dengan hobi baru yg baru lagi fazceburi. Nak tau apa? Buat buku sendiri. Nanti ada masa faz amik gambar dan post satu satu. Buat masa sekarang biarla faz kemas kini dulu bahan untuk buku faz. Nampak macam ke anak anakkan kan? Tapi nak buat

Peringatan Ibuku

Image
Assalamualaikum, Hari ahad yg memenatkan. Faz dok layan cousin sendiri pun penat. Dengar dorang punya celoteh best tu memang best tp kadang kadang geram gak. Comel sgt. Dorg dok membebel mengalahkan ibu faz. Terfikir gak, mcm mane kalau, kalau la kan faz ada anak sendiri? Fuyooo. Ibu faz ckp, anak kalau di didik baik mcm mane skali pun, kalau kite sendiri tak hormat ibu, itu la yg akan jd dgn anak kte nanti. Faz nak percaya tu susah gak. Tp faz tau Allah maha adil. Faz ni agak nakal dan slalu gak melawan cakap ibu. Agak agak anak faz nanti ikut jejak faz ke? Alamak. Tibe tibe gerun. Ibu selalu cakap kat kami adik beradik sekali kite melawan ibu, buat ibu menangis maka sepuluh kali la keadaan dibalas anak kite nanti. Tsktsk. Pembalasan paling teruk bila ibu mula kecil hati.  Faz nak minta maaf kat ibu tapi faz takut kalau hari ni faz minta maaf, esoknya faz akan buat lagi. Janji macam mane pun faz takkan dpt tunaikan. Huhu. Apa yg dpt faz buat cuma mendoakan kesihatan ibu ag

Kungfu Jungle

Image
 Assalamualaikum, Lama dah tak menaip nihh. Sebenarnya faz ada banyak idea nak menaip, tp sebab banyak sgt benda menghalang faz dr focus dgn blog jadi kebanyakkannya faz lupa. Hehe. Faz baru balik dari movie date dgn ibu. Saje je nak cakap. Kami menonton cte Kungfu Jungle. Masa masuk kat pawagam tadi faz dan ibu tersangatla terkejut. Nak tau sebab apa? Kteorg berdua je makhluk Allah yg bertudung dan melayu, rata rata yg menonton cte tu semua cina. Wowwww... Faz agak hairan la sedikit. Faz memang minat nonton cte cina sebenarnya, fazkan satu malaysia. Semua jenis cerita dapat masuk.  Ibu faz cakap takpe tonton cte cina, mana tau dapat bakal husband org cina. Mesti best. Hehe. Sokong je bu. Asal boleh bahagia dunia akhirat. Jadi di sini, faz nak recommend kat korg tak kira bangsa g la tengok Kungfu Jungle, confirm tak rugi. Faz nak cte sbenarnya, tp tkt kalau korg baca kang trus tak nak g. Tapi faz nak cte gak..... Okay. Buat sinopsis sikit la k? Cte ini berunsur aksi, sesia

All About That Bass (couple version)

Image
Assalamualaikum, For the first time faz gubah lirikorg and nyanyi tanpa music. Jadi kantoi laa suara sumbang faz hari ni. Nak dijadikan cerita faz dan rakan sepejabat tgh dok boring takde apa nak dibuat, jd ckp kat dia yg faz ingin nak buat lagu utk dia. Sebenarnya niat faz cuma nak hiburkan hati dia. Dua hari before ni dia asyik dok sedih je. Kalau faz buat lawak, dia gelak memang gelak, tp bila faz da layan buat keje,  pusing kat dia, tengok tengok dia nangis balik. Fuyooo. Faz kalau bab melawak ni memang bole pass, tp memujuk ni tak reti sgt. Tkt gak org masuk office tgok dia nangis, then dorg ckp faz yg buat dia nangis kan naya lagi. Jadi sepanjang masa, faz buat lawak and cakap benda tak betul je dgn dia. Tu la yg faz alami selama kawan yg faz syg bersedih. Dalam dua hari ni gak, kteorg ketawa bersama, menangis bersama, gila bersama, keje part time bersama. Mungkin ada hikmah disebalik setiap masalah yg melanda. Alhamdulillah baru hari ni faz tgok kwn faz da okay, dap

Melengahkan Solat?

Assalamualaikum, Genap 20tahun 4 bulan 9 hari Faz hidup di dunia ini. Kadang kadang faz terfikir kenapa kita perlu hidup, Untuk apa kita hidup. Suatu hari, Faz menemui jawapan melalui satu blog mengatakan bahawa, kita hidup untuk Allah. Kita hidup untuk mengumpul amalan yang akan dihitung di akhirat nanti.  Amalan?? Berapa banyak amalan faz selama faz hidup?? Apa yg faz korbankan untuk agama. Apa yg dapat jadikan sebagai amalan?  Pagi tadi faz tergerak hati nak dengar Ikim.FM. Kebetulan motivasi pagi tdi mengenai Solat. Ustaz cakap orang dulu dulu kalau terlambat solat sikit, ayahnya akan menangis, jadi si anak bertanya "ayah kenapa menangis?" Si ayah membalas "Ayah terlewat solat nak" Si anak mengucap dan duduk berteleku bersama dengan si ayah menangis. Datang pula Si ibu bertanya soalan yg sama " Kenapa menangis?" "Menangis sebab ayah terlewat solat bu" Si ibu terduduk dan menangis bersama. Kalau dibandingkan dengan zaman sekarang "N

Duhai Sahabatku Sayang.

Image
Assalamualaikum, Hari ni merupakan hari jadi sahabat yg paling faz sayang. Jadi entry faz kali ni, Khas untuk si dia membaca. Hey babe, Aku nak cakap thanks sebab sudi berkawan dengan aku. Tahun ni masuk 14 tahun kita berkawan. Banyak sangat kenangan pahit dan manis. Kalau kau nak tau, kau satu satunya kawan yg paling bertahan dengan aku. Sebab tu aku sayang giler dengan kau. Kalau dengan kau, aku cakap main lepas je, aku tau kadang kadang kau sentap dgn gurauan aku tapi kau diam je. Aku minta maaf beb. Kalau boleh aku nak kita tetap berkawan sampai aku hembus nafas terakhir. Untuk birthday kau kali ni, aku minta maaf sangat sangat sebab tak dapat nak sediakan something special. Untuk itu Aku doakan kau dimurahkan rezeki. Semoga senantiasa berada dalam perlindungan Allah didunia dan akhirat. Diberi kebahagiaan disamping org yg tersayang termasuk aku. Semoga persahabatan kita dirahmati Allah dan kekal hingga ke Jannah. In Sha Allah. Dah tua kawan aku ni. Mohon jangan nakal2 lag

Disebalik 5 hari

Image
Assalamualaikum, Setelah 5 hari boss faz bercuti, td dia msg ckp yg esok dia akan mula trn kerja. Msg dia seolah olah bagi warning yg segala galanya bermula esok. Faham fahaam je la.  5 hari dia takde, jujur faz dan kwn faz terlalu enjoy sehinggakan lupa bahawa kami ada tugasan yg diberi. Mungkin esok boss akan minta tugasan tu. Jadi kte org tawakal je la, apa nak jadi esok. Lama ni faz terlalu focus sgt dengan blog. Kadang2 kalau faz ditinggal seorg, faz akan buat cam gini ⇩ Faz pun tak tau apa point video ni. Boring sangat layan kat tempat keje kot. Jadi tunggu dan lihatla apa bakal terjadi esok. Sama sama doakan kami selamat dari ancaman boss. Amin.  Sebelum faz tamatkan entry hari ni, meh layan sikit lagu youtube dengan faz. Berkali ulang pun confirm tak jemu. In Sha Allah.  Disebalik encik topeng terselit abam pacak. Hehe. ♥ enjoyy.. Sekian.. 

Umur aku 20 laaa~

Assalamualaikum, Nama diberi Faz Ariffen. Just call me Faz. Faz berumur 20 tahun. Lahir 11 julai 2014 ehhhh~ 1994. Kenapa nak kenalkan diri? Sebab ramai yg cakap faz berumur 15 tahun. Bukan faz minta, bukan faz nak. Dulu memang faz suka untuk jadi muda. Sekarang?  Kalau dok hari hari cakap muda, bila lagi faz nak tua?Faz nak org tengok faz seperti umur faz. Bukan muda or tua. Nak tau sebab apa? Cerita 1: Office Ibu Aunty A :  Waaa. Anak kau ke Ton? Berapa umur? Ibu          :  Tak la Adik aku. Anak aku la. 20 tahun. Aunty A : Ye ke? Aku ingatkan budak skolah menengah lagi. Tak mcm 20 la ton. Belajar lagi ke? Me          : Tak la Aunty. Dah pratikal now. Nak tunggu graduate. Uncle J   : Waaa, 20 ya? Uncle ingat 15thn. Tak nampak pun macam 20 ke kau saja tipu kami Ton. Ibu          : Nak caya caya la, tak nak sudah. Me          : 'Sabar je la' :( Cerita 2: Di Shopping Mall Faz dengan Ibu nak cari baju kemeja utk Faz pratikal. Penjual  : Ye kak, nak cari saiz apa?

Paras Rupa hanya pinjaman dunia

Image
Assalamualaikum, Dok melayan hot.fm terkenang kembali kenangan hot.fm 7-8 tahun yang lalu. Masa tu Hot.Fm ada buat satu segmen yg mengayat hati. Entah tak ingat sgt nama segmen tu sebab da lama sgt. Tak tau la korg pernah dengar ke tak. Tapi ini la salah satu cerita faz tak dapat lupakan sampai sekarang. Baru tadi faz teringat and cte la kat kwn sekeje faz. Then dapat idea, 'Eh, Nape aku tak tulis entry cte ni ekk' So, Here we go~ Faz panggil dia S je k? Faz ingat nama full dia, tp tak elok la kalau faz bagi tau nama full orgkan, dah la amik cte dia pun tak minta kebenaran empunya badan.  Nak dijadikan cerita kembali S merupakan salah seorg hamba Allah yg sangat kacak yg mempunyai kekasih dan ramai kawan. Tak tahu la kacak yg mcm mane. Hingga la satu saat, S accident teruk. Isi lutut S terpaksa diambil untuk menggantikan bibir S yg hancur teruk akibat kemalangan. Cte S, Usai pembedahan teman wanita minta putus dan kawan2 yg rapat dengan S, tiada seorg pun yg dtg