Posts

Showing posts from December, 2014

My Bestfriend of The Year

Image
Assalamualaikum, "Bestfriend" apa yg dimaksudkan dengan bestfriend. Korg faham ke apa tu bestfriend? Mungkin sesetengah takkan faham, mungkin segelintir je yang faham. Hari ni aku nak cte seorg insan yg sentiasa berada disisi aku tak kira masa aku susah dan senang. Persahabatan yg aku sendiri tak sangka terjalin sehingga ke sekarang ni. Kami kenal dari kecik, sebab parent kami sama tempat keje. Oleh kerana keadaan tidak sesuai, aku tak tau pun kewujudan dia. Sampai la kami dipertemukan sewaktu aku mula masuk kolej, 8 Mei 2012. Sejak dari tu, kami mula rapat. Sehingga la satu saat, berlaku salah faham diantara kami. Keadaan jua la memisahkan kami. Masing masing ego, baik aku mahupun dia, kami tak minta maaf walaupun tak tau mana silapnya. Mungkin tu dugaan yang Allah berikan untuk menguji persahabatan kami. Mungkin gak ada hikmah disebalik dugaan  yg kami terima. Kuasa Allah melebihi segalanya. Kami berkawan semula sehingga kini. Aku bersyukur hadirnya dirinya disisi

Berakhirnya sebuah cerita

Image
Semua orang mengharapkan kehidupan yang berakhir bahagia. Seperti sebuah novel, movie, drama diakhiri dengan tangisan kebahagiaan .  Begitu juga aku yang mengharapkan pengakhiran yang bahagia dalam hidupku. Berakhirnya sebuah cerita bukan bermakna berakhirnya jalan kehidupan seseorang. Tertutupnya buku lama untuk memberi ruang kepadaku untuk menceritakan perjalanan akan datang dengan membuka lembaran baru. Mencorak jalan cerita kehidupan yang bakal aku lalui. Motifku hanya satu supaya diberi peluang untuk menjadi seorang yang lebih baik dari masa ke semasa. Bukanlah sesuatu yang mudah tetapi tekad seorang gadis sepertiku tiada siapa yang boleh menghalang kerna ku tau Allah ada bersamaku disaat aku berjuang untuk berhijrah ke jalanNya. Hijrah? Sudah lama aku impikan. faktor umur, jantina dan kemampuan menghalang niatku. Tetapi sekarang aku sudah dewasa. Bakal menambah satu angka dibelakang umurku. Adakah faktor umur menghalang perjalananku untuk berhijrah lagi sekali? Seperti ya

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah

Image
Assalamualaikum, 29December:    Sedar tak sedar, masuk tahun baru, hampir 16 tahun peninggalan arwah ayah. Dan hari ni merupakan hari jadi beliau yg ke 47. Selamat hari jadi ayah.  Faz terkilan sgt tak dpt menunaikan tanggungjawab sebagai anak, belum sempat membalas jasa baik ayah menjaga faz selama 5tahun. Ayah merupakan hero terhebat pernah faz jumpa. Faz minta maaf tak dapat menjaga keluarga kte dgn baik. Semakin faz membesar, faz seolah olah merasakan yg ayah masih ada disisi faz sehinggakan faz termimpi bahawa ayah menyuruh faz menjaga ibu dengan baik. Sekarang faz faham maksud disebalik mimpi tu. Mungkin benar kata org, anak pertama tidak semestinya bijak dalam menguruskan keluarga, anak manja tidak semestinya akan mementingkan diri sendiri. Faz akan galas tanggungjawab sebagai seorg anak dan kakak sampai adik menjadi seorg yg matang dan mampu membimbing kami. Setiap kali faz berbuat sesuatu yg kurang baik, faz akan fikir keadaan ayah dikubur. Penyeksaan yang ayah hadapi

Mood aku dalam sehari

Image
Assalamualaikum, Mood? Apa tu mood? Dulu faz tak faham apa maksud mood tu, sampai sekarang kot faz tak faham, apa benda tu. Alaa korg, takyah nak gelak faz, kalau korg tanya kat sekeliling korg, 94% akan cakap dorg tak tau. Kalau tak percaya, nahhh, Faz bagi masa 10 saat p tanya org kat sekeliling korg. Dorg confirm blur 10 saat, teetttttt. Masa pun tamat. (Mana taknya, korg tetiba nak tanya apa itu mood? Mesti la org blur) Kan? Betul tak apa faz cakap? Jadi takyah nak gelakkan faz. Kalau korg nak tau, aktiviti faz sebelum tidur, faz akan cuba putar balik ingatan faz dalam sehari, apa yg faz buat dalam sehari, baik ke buruk, dosa ke pahala, buang masa ke hargai masa dan listkan mood faz dalam sehari. Mood faz ni senang sangat nak dijangka, sebab faz jenis yg tak tetap pada satu mood, contoh, kalau faz tengah sedih ke kecil hati ke, org buat lawak or bagi apa yg faz suka, faz terus okay. Happy balik. Sebab tu faz jarang nak marah kat org, ada la kot marah tp tak lama. Cara faz n

Kalau nak cari jodoh...

Image
Assalamualaikum, Ibu sering berpesan, kalau nak cari pasangan sehidup semati, kena cari suami yang taat pada ibu bapa dan keluarganya. Yang mempunyai tanggungjawab dan ringan tulang. Itu ibu faz pesan. Bagi faz lak? Okay bagi faz, simple je, faz nak seseorg yg In Sha Allah membimbing faz didunia dan menemani faz hingga ke akhirat kelak. Dalam erti kata lain, dapat mendidik faz lebih mendalam tentang ajaran islam, menerima kekurangan faz, mendidik anak anak supaya menjadi anak yg soleh dan solehah, mengajak faz ke jalan Allah dan yang paling penting mencintai faz kerana Allah. Kaya atau miskin, kacak atau tidak bukan menjadi ukuran mencari jodoh. Soundcloud: Permata Yang Dicari Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hati

Handphone Aku HILANGGGGG

Image
Assalamualaikum, Banyak perkara yg terjadi hari ni, happy dan sedih. Happy sangat sebab faz dapat berjumpa dengan #dreemers sarawak. Finally, faz dapat spend time dengan Mirah, Hanis dan Aisyah. Tak lupa juga ibu yg tersayang. Yg sanggup habiskan masa dengan kami. Ibu memang terbaik. Love you Bu. Mulanya faz plan nak bawa hanis pergi breakfast sebab hanis cakap yg dia teringin nak makan laksa. Then, teringat kat mirah dan aisyah, ibu faz pun cakap, "Laaa. Bawa la dorg skali." "Ibu nak lanje ke?" "Ha ahh la, Nak ke tak nak ni?" "Mesti la kta nak" Faz pun cakap kat dorg. Habis je bawa dorg mkn laksa sarawak, Kteorg g tgok wayang, cte night at museum 2. Mesti la ibu faz ikut skali kan. Haha.Best giler cte tu. Dalam syok syok happy tapi malangnya, masuk je kereta, faz cari handphone faz, dah takde. Hilanggggggg....... Beg faz time tu da terbuka setengah. Memang sah kena curi. Melayang separuh jiwa faz. Menangis jap. Kteorg g kat bilik cctv.

100% Aku wehhh

Image
Assalamualaikum, Pernah tak alami situasi mcm ni? Hehe. Itu la faz yg sebenar. Kalau faz duduk dengan member, mulut kaki tangan faz memang takkan berhenti, kalau mulut dok diam, tangan lak main peranan dok kacau org. Sampai ada member faz cakap "Bosan la budak ni kalau da tak reti nak dok diam. Hampeh" faz gelak, lepas tu sambung balik kacau org. Pernah sekali faz naik kapal terbang seorg diri, ada gak mamat yg tak dikenali dok sebelah faz, 2 jam lebih atas tu hanya bunyi burung berkicauan, angin memukul kapal terbang dan 'KRIK KRIK KRIK'. Sepatah haram pun faz takde buat bunyi. Faz memang pemalu gila, entri before ni pun faz dok cakap yg faz pemalu, pendiam tapi hakikat sebenar, kalau dengan member, perghhhhh~ Takkan percaya itu faz. Faz bukanlah sombong, faz da cuba nak jadi friendly tapi bila da berdepan dengan org tu, mula la kelu lidah, otak pun jadi blank. Soalan selalu keluar dari mulut faz "Awak dari mana?" Dah dia jawab, faz senyum, bebun

Aku maafkan kamu

Assalamualaikum, Faz mcm tak percaya apa yg faz dpt tau hari ni. Ya Allah. Rasa nak menangis pun ada. Tak tau nak ckp camne. Hal ni mungkin takde kene mengena dgn faz. Jadi faz tak nak la amik kisah sgt. Tp faz kecewa. Faz takde la nak ckp faz baik ke apa. Tp faz memang seorg yg mudah percaya kat org. Kalau org tipu ke apa ke, biar pun faz tau faz kene bohong, faz tak reti nak melenting even faz tau kebenaran tu. Tipu cakap tak kecewa kan. Memang kecewa sgt. Faz tak kisah, faz akan terus buat tak tau sampai org akan cte hal sebenar kat faz. Point faz ckp camni sebenarnya apa? Okay. Faz tak tau nak cte lagu mane. Sebab faz belum siasat apa yg terjadi sebenarnya. Tak berani nak bercerita tanpa bukti. Takut lak boleh mendatangkan fitnah. Tak fasal fasal, faz lak yg terpaksa menanggung dosa org. 'Eh tak nak aku, dosa sendiri tak tertanggung.' Apa yg faz cuba nak cakap kat sini, jgn jadi mcm faz mudah sangat percaya kat org. Tak reti nak tengok dalaman org, buat baik sikit t

Sampaikan salam rinduku

Image
Ingat dulu kau pernah cakap, "Akan ada sekali kau akan cakap yg kau rindukan aku, mark my word" Begitu riang kau mengingatiku. Dan aku akui, aku rindukan saat2 bersamamu.  Kau ingatkan aku 'Kalau waktu tu tiba, aku la org plg gembira. Sebab aku tau walaupun kau tak pernah lafaskan perasaan kau, tapi aku tau kau akan merindui aku. Pendam la selama mana kau mau pendam. Pertahankan la ego mu sekarang sebelum ia mula memakan dirimu. Aku percaya, satu hari engkau akan meluahkan perasaanmu.Tp malang mungkin waktu itu kita terpisah. Aku tak maksudkan malah terlalu jauh untuk meminta. Apa apa boleh berlaku di masa akan datang. Kita yg merancang tapi Allah yg menentukan. Tiada apa yg kekal di dunia. Begitu juga persahabatan kita. Walaupun sesusah mana kita mempertahankan, tapi siapa tahu apa akan jadi pada masa akan datang.' Aku tunjuk muka blur, sebab aku tak faham apa yg kau cuba maksudkan dan sampaikan pada waktu itu.  Sekarang aku faham kenapa mengapa semua ini te

Blog dalam proses pembaharuan

Image
Assalamualaikum, Huhu. Rasa nak menangis. Tengok apa da jadi dengan blog Faz. Buruk da.. Semua hilang. Serious faz rasa nak menangis. Ni semua salah tangan faz gatal sgt. Kenapa kenapa kenapa. Krik krik. Tak suka la camni. Jadi selepas ni faz takkan update blog sampai blog faz pulih cam biasa. Selagi blog ni tak kembali seperti sedia kala, hati faz takkan tenang. Faz ni da la pelupa, apa inti pati kat blog faz, semua faz tak ingat. Gerammmmmmmmmmmmm. K la korg. See you guys soon ^_^ Layan dulu lagu ni k? Sekian..

Tersentuh dengan suaranya

Assalamualaikum, Hari ni faz santai je k. Siapa kat sini ada soundcloud dan suka layan lagu dekat soundcloud? Haa. Tu salah satu hobi faz, dok layan soundcloud time keje. Sampai boss faz datang, dan bagi keje pun faz tak dengar apa yg dia arahkan. Hehe. Pagi ni, faz tergerak hati nak buka soundcloud mamat ni. Ya Allah. Tak tau camne nak cakap suara dia sungguh meruntun jiwa faz. Memang before ni faz ada ckp yg faz dok minat suara Encik Mimpi, Fero and so on. Mungkin yang kali ni ada kelainan sedikit. Sebab cara penyampaiannya berbentuk Islamic dan mampu membuat gadis gadis menangis terutama Faz yg kuat sangat menangis. Ni pun tengah melayan jiwa dengar lagu dia. Faz bagi link ye? Kalau korg tak tersentuh dengan lirik dan suara dia faz memang tak tau lagi nak cakap apa~ Airmata faz tak henti henti mengalir. Tengok? Ada kesedaran sikit disitu..         Islamic Version Cover By Idris Shamsuddin   ' Takde account soundcloud pun takpe, boleh buka dan dengar.' Ku Mohon -

Naluri seorg nenek

Image
Jari tuamu terus membelai rambutku Sayu hatiku melihat air yg berjalan laju dipipimu Saatku mula tanya mengapa engkau menangis Dengan pantas kau menggelengkan kepala Badan yang lemah umur yang meningkat Kau masih tegar mencari nafkah Tidak mengenal erti kepenatan Mula dari terbit matahari hingga ke senja Bibirmu tetap menghadiahkan senyuman Taktala mata kita mula bersua Menyembunyikan keperitan dan kesakitan Dalam kehidupan yang kau alami Aku bagaikan dapat merasa Naluri seorang nenek yang berkobar kobar Untuk memberi cucunya kebahagiaan Walaupun dirinya sendiri tidak terjaga Aku hanya mampu mendoakan Agar dirimu dirahmati Allah Bersyukur kerna hadirnya Insan yang ikhlas menyayangiku Assalamualaikum, Coretan ini mengisahkan seorg nenek yg sanggup bekerja siang dan malam untuk memberi nafkah kepada cucunya yg sakit. Walaupun mempunyai tubuh badan yg uzur, tetapi nenek tetap tabah membahagiakan cucunya. Pengorbanan seorg nenek terhadap cucunya setelah kemat

Kekasihku yg paling sweet....

Assalamualaikum, Teringin lak faz nak bercerita kisah cinta faz dulu. Time tu kalau tak silap faz form 4, dan kekasih faz time tu form 5. Di akui faz menyukai dia sebab mukanya iras vokalis kumpulan sixth sense. Tau kan kumpulan tu? Sudah lama tak muncul, jd faz tak ingat nama dorg. Nak dijadikan cerita, dulu diakui faz sayang sgt kat dia. Dia seorg yg penyabar, sweet, comel dan part paling faz suka tentang dia bila dia merajuk marah. Fuyooohhh babyface gitu mimik mukanya. Sedap mata memandang. Namanya Fendi. Tak kisah memberitahu namanya sebab, berharap dia akan baca dan kami akan bertemu semula. Mungkin sekadar kawan. Kami putus dulu pun sebab dia nak spm and i just give him time to focus on his exam. Tapi habis je dia exam, dua dua lost contact. Hehe. Faz pun tak sibuk cari dia semula. Cinta monyet la katakan. Kami jarang bergaduh tapi kalau bergaduh tu memang dia la yg bnyk mengalah dgn faz. Dulu nak kata ego tinggi tu tak gak tp faz memang suka biarkan dia yg pujuk. Melting

Rindukan ibu disisi

Image
Assalamualaikum, Kali ni faz nak bercerita pulak la. Tapi entri kali ni tak nak share kat fb. Sebab org yg faz nak cte ada dlm friendlist fb faz. Faz tak kisah sebenarnya kalau dia nak baca tapi faz malu kalau dia tau faz cte hal dia. Siapa org tu? Mesti la ibu faz. Malam ni ibu tak balik. Dia ada dinner dahtu dia cakap member ajak tidur hotel. Mulanya faz marah la, asal nak tidur hotel lak kan? Sedangkan rumah dekat je. Ibu ckp sekali sekala. Untuk kali ni faz biarkan je la. Nak wat camne, nak tak nak dah lewat pun. Bahaya kalau ibu balik seorg. Memang la kami pernah berjauhan. Tak tau kenapa lama faz membesar, faz dan ibu sukar nak berjauhan. Macam hari tu, faz tgah lepak dgn member, ibu pun tengah meeting dgn kwn dia. Balik je faz kat rmh, ibu call suruh jumpa dia kat tempat dia meeting. Ingatkan apa la yg urgent sgt kan. Rupanya temankan dia je, dia rindu sebab sehari tak jumpa. Selalu gak la ibu buat camtu. Kadang kadang tengok ibu mcm budak kecik. Tak dpt nak renggang sedikit

You're the only one for me

Image
Dirimu umpama Sutera membaluti tubuh Begitu mahal untuk dimiliki Amat susah untuk dilepaskan Melindungi diri ini dalam kepayahan Engkau laksana bulan Nun jauh disana Terlalu jauh untuk digapai Menyinar hari gelapku Indah dikala malam menjelma Seumpama permata Kian sukar ditemui Satu dalam sejuta Beribu yang mengejar Hanya seorang yang memilikinya Cinta berputik antara kita Mengharungi suka dan duka Janji demi janji dilafazkan Meniti hari kebahagiaan Sumpah setia sampai mati Kau berbisik ditelingaku 'You are the only one for me' Membuat jantungku berdetak laju Berharap kasih kita kekal selamanya Sehingga maut memisahkan kita

Terbit Rasa Cinta

Image
Kali pertama mata bertentang mata Ku rasakan ada getaran dijiwa Hatiku mula tertanya Siapakah gerangan si dia Dia mendekatiku dengan senyuman Membuatkan aku terpana Suaranya membuatku terpaku Tidak mampu utk membalas semua pertanyaan Hatiku mula menyukainya Persona yg memukau diriku Ingin ku menjerit satu dunia Bahwa aku sedang jatuh cinta Hati kian resah Dia meluahkan rasa cinta Aku mula dibuai keindahan Merasai bius bius cinta Ku berharap agar akulah Tulang rusuknya yg hilang Seumpama Hawa yg tercipta utk Adam Semekar dedaun bunga cinta

Setia Menanti Bunga Yang Layu

Image
Semakin aku cuba melupakan, Namamu semakin segar di ingatan, Aku mungkin melupakan dirimu, Namun kenangan kita tersemat utuh . Senyuman terukir dibibir, Merahsiakan luka dihati, Yg sentiasa merintih kerinduan, Menunggu kehadiranmu.  Hari demi hari, Wajah kian pudar, Degupan jantung kian perlahan, Kebahagian kian hilang.  Menanti dan terus menanti, Kejora yg membakar dada, Himpunan ombak bergelora, Tetap menghampakan diri.  Apakan daya aku, Engkau hadir tanpaku pinta Pergi tanpa berita, Sepi dan terus menyepi.  Aku tetap setia disini, Masih percaya janji kita, Akan terus bersama, Walau badai menimpa.

Salah ke aku gemuk?

Assalamualaikum, Dulu faz pernah menjadi kurus. Sekarang faz dah gemuk. Jadi tak salah kalau faz merasa menjadi gemukkan? Sejujurnya perasaan faz memang tak stabil melihat keadaan faz sekarang. Nenek selalu berpesan, "awk kene jaga badan, tak molek muda muda tak jaga badan. Time muda ni la sbg anak muda kene maintain. Lebih kebih lagi bila dah bersuami." Member lak "why faz why? Why kau gemuk sgt. Dulu kau tak bam bam macam ni? Why?" Family "Awak lama membesar ni bdn turut membesar ye? Kihkih. Ni mesti banyak makan. Tak elok, baik awak jaga permakanan. Nanti takde yg nak." Ibu lak "Anak ibu makin gemuk. Oh si gemuk. Haha." Then masak sedap sedap. Perghhh. Tu la yg faz alami zaman kolej sampai sekarang. Walaupun sekarang berat badan faz semakin menurun. Ni bukan perasan ye. Hari hari faz timbang. Tapi tetap stress bila teringat apa yg org dok ckp hal faz. Hari hari faz motivate diri. Nak sedapkan hati la katakan.  Faz akan cakap, "

Tak reply msg sebab Bola?

Assalamualaikum, Hatiku terkecewa terkecewa kernamu. Chewahh. Bermadah pulak faz pagi ni. Salam Jumaat semuanya. Mulakan hari anda dengan senyuman. Walaupun hati ni tengah melara. Senyum je la yg mampu. Lagi pula senyumkan satu sedekah dan boleh dijadikan sebagai ubat untuk kekal awet muda lagi tu. Haaa. First of all, Faz nak ucapkan Tahniah buat Team Malaysia. Jum nyanyi sikit. "Selamanyaaa, Selamanyaaa, Selamanyaaa Harimau Malaya. Elelelele ya. Oooooo Ooooo" Cukup la tu. Kang hujan lak. Okay. Proud to be Malaysian. Kalah ke Menang ke Malaysia tetap bumiku tercinta. Tengok? Tengok tak semangat yg faz cuba sampaikan kat sini. Sebenarnya, faz nak guna baju Harimau Malaya hari ni. Akan tetapi oleh kerana baju HM faz tak tau kat mana. Jadi faz guna baju Encik Mimpi je la. Lagipun hari ni kan Encik Mimpi buat gathering. Walaupun tak dapat pergi sana meraikan bersama dorg, jadi faz merasakan dari jauh je la. Tak salahkan? Faz masih geram kat member faz sebenarnya ni, semal

Pakcik Mat Cool Bin Paddle Pop

Tau tak faz exciteddddd.... cuba teka kenapaaa.... Ehhhh. Alamak. Tak sempat menyempat faz ni. Lupa lak. Assalamualaikum, Okay da jawab lum? Nak cte ni. Nak dengar tak? Kalau tak, tak yah baca. Kahkah. Okay. Tadi tgah dok layan lagu Fero. "Ehh fero lagii. Memang takde lagu lain budak ni." Sukahati I laaa. I punya sukaa maaa. Hehe. Tgah dok layan lagu #akhirnafasku tiba tiba, faz terdengar bunyi "mat cool mat cool, kawanku, mari kita ikut mat cool,........mat cool" Faz apa lagi. Melompat la tengok kat luar tingkap, waaaa.... pakcik jual eskrem laa. Cam comel je sebut eskrem. Hehe. Tak sangka yg pakcik eskrem melimpas kat sini. Waaaa. Tapi tak sempat nak kejar dia. Kempunan nak eskrem.  Teringat lak masa faz kecik kecik, masa tu umur faz 4thn. Faz masih tinggal kat rumah lama, blum pindah lagi sebab ayah masih ada time tu. Setiap hari sabtu ahad mesti pakcik eskrem merayau area rmh faz. Faz apa lagi excited la ckp kat ayah nak eskrem. Sebab time tu faz anak ter

Sedih tak dapat g Gathering EM......

Image
Assalamualaikum, Kurang dari sehari lagi gathering #EncikMimpi. Sedihnya tak dpt pergi. Huhu. Alangkah indah jika faz pergi. Dapat jumpa dreemers lain, dpt jumpa encik mimpi yg paling penting dapat jumpa Fairul Adzreen. Opsss. Terbalik ekkk. Kte betulkan ye. Dapat jumpa Fero dan yg paling penting dapat jumpa EncikMimpi. Fuhhh. Penat menaip ni. Actually, faz nak buat vid utk captain. Tapi malu gileeerrrrr. Jadi tak jadi la nak buat. Huhu. Sedih sgt. Faz amik positif je. Mungkin ada hikmah kot kenapa faz tak dibagi pergi gath tu. Lama gak pulihkan hati ni. Sampai sekarang kot faz sedih. Siap amik cuti dua hari nak lupakan hal gathering ni. Sedih tak? Kan? Lagipun, adik faz balik hari ahad ni. Rindu kat dia. Sebulan lebih kot dia bercuti dgn akak kat KL. Faz yg beria nak g KL. At last, adik yg dapat g. Huhu. Nampak tak apa yg kte rancang Allah yg menentukan? Jadi, selepas ni faz tak nak over excited kalau ada apa apa event. Takut jadi camni. Kecewa tak tentu pasal. "Oh hati&quo

I Can't say that "1 4 3"

Image
Assalamualaikum. Setiap makhluk di muka bumi ini dikurniakan perasaan. Perasaan yg paling indah bila kita menyukai, menyayangi seseorang. Tetapi untuk diri ini disayangi kembali? Adakah mungkin?  Faz akui faz sedang mengalami perasaan sebegini. Tetapi apa yg faz mampu buat hanya memerhati si dia dari jauh. Untuk menyatakan bahawa faz suka dia? Tak mungkin. Faz tidak dapat membayangkan jika faz ditolak, faz belum cukup kuat untuk semua itu. Mungkin sebelum ini faz pernah mengalami dan pernah berterus terang. Tidak untuk sekarang.  Sejujurnya, setiap hari faz akan membaca kembali msg yg dia hantar. Faz jaga setiap perbuatan faz depan si dia. Bukan kerana faz "control". Tetapi berwaspada, takut si dia dapat membaca perasaan faz terhadap si dia. Bila berhadapan dengannya faz akan behave dan menjadi seorg yg lebih pendiam.  Syukur untuk setakat ni, takde yg perasan tentang kewujudan rasa suka faz terhadap si dia. Kadang kadang faz hanya mampu menangis bila meri

Kalau org tak suka aku?

Assalamualaikum, Memang menjadi satu lumrah bila ada org yg suka kita dan ada pulak org yg tak suka kita. Kalau faz p cte org yg suka kita tu tak best la kan. Selalu sgt da dgr cte camtu. Jadi kali ni faz nak cte disebaliknya pula. Faz memang tak suka bila dapat tahu ada org tak suka faz. Tapi nak buat macam mane kan kalau tu da perasaan org. Siapa kita nak menghalang dan buatkan dorg untuk suka kita. Betul tak? Kadang kadang kawan kita sendiri belum tentu suka dgn perangai kita. Apa faz buat kalau faz tau org tu tak suka kita tak kira la dia kenal kita ke tak. Faz nak cte sikap dan perangai faz dulu. Faz tau perangai faz ni memang agak gila gila bila dgn org yg faz selesa. Kadang kadang memang agak melampau dan menyakitkan hati. Tapi tu ikut la kalau faz rasa nak jadi gila. Kadangnya bila faz cte hal family kat kawan faz or faz terharu ke apa apa cte sedih or faz tengok kawan faz sedang sedih ke, faz akan menangis. Tak kira la apa sebab, kalau org kasi gula batu sebagai hadiah d

Moments ^_^

Image
Assalamualaikum, Alhamdulillah setakat ni semua urusan hampir selesai. Dalam beberapa hari faz menahan diri dari menaip banyak betul cte faz nak kongsikan tapi tak tau nak mula dari mana. Rasa macam berpuasa la pulakkan. Berpuasa dari menaip blog. Kihkih. Selama faz tak menaip blog, faz blogwalking je kat blog org, comment, follow, comment, follow. Kesian tak kat faz? Huhu. Jadi hari ni faz nak singkap satu persatu cerita faz. Alhamdulillah gak, faz da makin sihat, hari tu ibu faz catering 3 buah tempat dan semua tu memerlukan pada hari yg sama dan waktu yg sama. Kesian faz tengok ibu. Penat balik keje belum habis lagi. Dia seorg je keje. Jd memandangkan mood faz tgh baik hari tu jadi faz seorg je pekerja ibu. Balik je dr keje faz da start tolong ibu, sampai pukul 2.30 pg. Tapi time tu badan faz penat giler, Tiba tiba faz sesak nafas, muka faz pucat, faz cakap kat ibu faz sakit dada, ibu gelisah, dia tak tau apa nak buat, ibu pun call nenek dgn aunty. Lepas tu, faz da tak sedarka

Sebab aku memang tak tahan

Assalamualaikum, Hai semua. Haaaa. Faz muncul kembali. Baru berapa hari menghilangkan diri. Tolong kira? Tolong tolong. Genap tak sebulan? Takkan? Baru dua hari. Ni mesti ada yg cakap 'Eleh, cakap nak berehat, apa ni ada lagi minah ni. Cakap tak serupa bikin.' Aha. Iyakan? Tak kisah la apa org nak cakap. Faz bukan tak tetap pendirian. Tapi faz memang tak tahan sangat sangat.Tau tak? Sehari tak buka blog, tak menaip, mood faz memang tak yah nak cakap la. Moody je. Blog ni da macam kawan faz di dunia je, bukan akhirat. Walaupun blog tak bersuara, tp dia seolah olah mendengar cerita kita. Tapi pendengar yg paling faz sanjungi tak lain tak bukan,mestilah Allah s.w.t. Secara jujurnya, keje faz memang belum disiapkan. Esok kene g site, jumpa dgn polis. Faz memang suka bende yg mcm ni. Tapi agak mencabar sikit la. Hari makin hari, keje yg faz buat ni agak serasi dgn faz. 'wah. Dah tak anggap diri pratikal lagi dah.' Hehe. Faz pratikal bidang kecurian kabel dekat Telekom Ma

Berehat/berhenti dari blogging....

Image
Assalamualaikum, Selamat menyambut bulan yang terakhir untuk tahun ini. Pertama sekali, faz nak cakap mungkin selepas ni faz akan berhenti untuk blogging sekejap. Tak tau sampai bila. Mungkin sehari, dua hari, seminggu, sebulan, setahun, atau untuk selamanya. Tak tau lagi. Faz nak tumpukan sepenuh perhatian kat keje faz and familly matter. Selesai semuanya In Sha Allah faz akan kembali membawa cerita yang baru. Jadi hari ni, faz akan melepas sepenuhnya gian untuk menulis, menaip dan segala yang terkandung di sanubari, otak, ilham, jiwa and so on. Tak taukan bila akan kembali. Memandangkan bulan ni bulan terakhir, faz mungkin akan cuba memperbaiki diri, menjadi seorg yg lebih bertanggungjawab kepada keluarga, sebab itu yang keluarga faz harapkan. Faz tak nak mengecewakan dorg lagi. In Sha Allah. Faz buat keputusan nak berehat dari blogging ni pun sebab faz sedar selama ni faz terlalu memikirkan dunia blogging sehingga hilang focus nak buat benda lain. Dulu, kawan faz pernah cabar