Istikharah..

Lepas satu satu..  Lepas satu satu..  Dugaan yg melanda. Aku tau aku kuat.  Aku tau aku mampu menghadapi.  Tapi kalau hari hari aku hadap benda yg sama, aku akui aku mula bosan.  Sampaikan aku dah tak anggap itu sebagai ujian tp aktiviti harian aku. Tahap kesabaran seorg manusia ada hadnya.  Dan ada masanya bisikan 'halus' lebih kuat bergema ketika perasaan tidak menentu.

Kadang kadang aku terfikir,  perlukah aku melepaskan nya atau perlukah aku pertahankannya?  Kalau aku lepaskan,  mungkin Allah ada perancangan yg lebih baik selepas ini.  Tapi kalau aku lepaskan juga bermakna aku mengalah.  Baru diuji sedikit dah nak give up.  Baru diberi ujian sedikit dah nak menggelabah. 

Hubungan mana yg tak menghadapi masalah.  Hubungan mana yg sentiasa bahagia.  Aku keliru dgn perasaan aku sendiri.  Aku bermain dgn hati aku sendiri. Mungkin faktor umur membuatkan pemikiran aku keanak anakkan.  Atau mungkin aku belum bersedia menjadi yg halal buat seseorg. 

Kalau sebelum ni aku belum menghadapi 'ujian'bertunang. Tapi sekarang aku faham apa yg dimaksudkan dgn dugaan bertunang.  Hal remeh pun kadang2 boleh menjadi punca pergaduhan besar.

Sampaikan aku rasa jika ada jodoh aku dgn si dia,  In Sha Allah aku terima.  Kalau tak ada,  aku yakin ada yg lebih baik Allah aturkan buat kami.  Aku redha. 

Istikharah......  Jawapan untuk semua tanda tanya aku selama ini... 

Comments

  1. Ani juga sukakan istikharah, semoga dipermudahkan segalanya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah