Persiapan Perkahwinan..

Assalamualaikum.

"WHAT??? Dah nak kahwin dah ke?"

"Betul ke?"

"Eh kau tak rasa muda sangat ke nak kawen?"

"Serius ke laki tu nak kat kau?"

"Persediaan cane? dah siapke?"

Tu la soalan yg sering faz terima sejak faz bgitau member faz nak kawen....
Faz sendiri pun seakan tak percaya yg faz bakal berkahwin. Cte hal persediaan, runsing nak fikirkan macam mane nak mula. Kalau ikutkan faz, faz nak perkahwinan yg simple je. Cukup sekadar buat majlis akad nikah dan makan doa selamat. Tak yah nak berhantaran. Alaaaa.faz tak suka keje yg melecehkan. memang la perkahwinan sekali dalam hidup. Tapi nak buat besar besar pun bukan org akan ingat pun perkahwinan faz nanti. Bukan artis pun nak kene buat meriah. Cukup la faz dan pasangan yg ingat hari terindah pada hari tu nanti.

Tapi bagi family faz pulak. Ni merupakan perkahwinan pertama antara cucu nenek2 faz. Kalau boleh dorang nak yg terbaik untuk faz dan bakal pasangan faz nanti. Cte je hal kawen, mesti family faz yg excited.

Banyak gak faz wat research nak pelamin cane, baju kawen cane, kad kawen cane, catering nak guna brapa banyak. Kalau ikutkan bajet kteorg takde la besar, ala kadar je. Setakat ni takde satu pun berkenan kat hati ni.

Untuk tema lak, bakal suami faz nak tema krim. Faz lak nak putih.. Bakal suami faz nak buat barang hantaran, faz tak nak buat. Aduhh.

Jadi secara lazimnya, satu bende pun belum tersedia. Huhu. Dulu faz ingat senang. Rupa rupanya susah gak ae nak kawen ni. Hehe.

Apa apa pun faz harap yg terbaik pada hari perkahwinan nanti, In Sha Allah. Semoga dipermudahkan. Amin...


Comments

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah