Posts

Showing posts from August, 2014

Minat dan Bukan Minatku

Image
Hari ni Faz nekad nak buat benda yg paling faz tak suka nak buat iaitu melukis. Cehh. Memang faz tak suka melukis. Wlaupun 5thn faz belajar melukis. Hasil lukisan faz asyik mengecewakan. Mana taknya, ibu, ayah, kakak dan adik semua ada bakat melukis. Cuma faz je yang tak reti nak melukis. Percaya dok? Sedih tau bila tengok lukisan faz sebelum ni. Dan hari ni sempena malam merdeka faz nekad sgt2 nak melukis. Walaupun tak cantik tapi faz akan cuba buat yang terbaik. PIC 1: Ni gambar pertama faz lukis. Yang ni nampak cantik sebab Faz sketch je yang adik Faz punya.  Ibu faz cakap yang kalau nak belajar melukis kene ada cth dulu baru dapat melukis.  PIC 2: Ni gambar ke 2. Ya, yang ni pun nampak elok sikit. Sebab...... hehe. mesti ada sebab. Yang ni pun sebenarnya faz sketch dari lukisan kakak faz pula.. Tangan dia takde sbb faz memang tak reti nak lukis tangan. Kesian kan tengok Faz.. :( PIC 3: Haaa. Cuba teka pic ke 3 ni faz tiru siapa? hehe.. takde sape2 pun. Yang ni faz lu

Malaysia Negaraku

Image
Merdeka Merdeka Merdeka! Bertuahnya kamu anak muda Saat kau buka mata Segala galanya sudah aman Segala galanya sudah ada Teknologi semakin moden Dunia sudah bebas dari jajahan Maka kenangkan jasa nenek moyang kita Yang berkorban untuk negara Sanggup bergadai nyawa demi negara Menentang penjajah yang kejam Mempertahankan hak negara Memberi kita kemerdekaan Sungguh aku bangga menjadi anak Malaysia Aku bangga dengan pejuang negara Malah aku bangga mengibarkan  Bendera Malaysia sebagai anak muda Wahai pejuang tanah air Jasamu akan ku kenang Hingga jasad terakhirku Izinkan aku berbakti untuk negara Sebagai penggantimu Aku anak Malaysia Ini negara kita Dan disinilah mulanya cinta Kibarkan bendera Laungkan Merdeka MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Pengalaman Terindah

Image
Ni nak cter pengalaman Faz bersama PEMBINA. Satu pertubuhan islam yg Faz sertai. Tapi Faz takde la aktif. Cuma turun bila disuruh atau dijemput je. Nama la kte ahli biasa kan. Hehe. Nak dijadikan cerita.. Adala satu event makan malam bersama Heliza Helmi. Faz dan rakan rakan bertugas utk event malam tu. Kami pun cabut undi untuk tugas tugas untuk malam tersebut. Tak silap Faz bulan Mei 2013 dekat padang golf di Kuching. Takde la buat dekat tengah padang golfkan, kami buat dekat dewan.  Sambung balik tentang tugas undian tu. Bila dah cabut je undi, memang nasib Faz bertuah malam tu, Faz ditugaskan untuk jadi pengiring kak heliza dan manager dia. Waaaa..... Happy sgt dah tu, yang lain jadi pengiring untuk penyajak dan VIP lain. Nervous Faz memang tahap tak terkate lagi dah. Tgn kaki semua sejuk, yela first time la katakan. Faz ada penyakit tau, kalau nervous tgn Faz akan menggeletar. Lucu sangat rupa Faz malam tu. Faz cuma kena layankan Kak Heliza dan Manager dia je. Tapi yang tak best

Soal Hati

Entah mengapa setiap kali aku terkenangkan dirimu hati aku semacam nak menangis, seperti ada sesuatu yangg mencucuk. Ya aku mengaku,  hatiku sangat lemah, mudah untuk jatuh cinta. Tetapi mudah untuk melupakan dan membenci jika terluka. Bukan kehendakku untuk membenci dirimu. Aku juga insan biasa, terlalu mengikut nafsu amarahku. Kadang kadang aku benci diriku sendiri kerna sering mencari dirimu, menjaga dirimu dari jauh walhal engkau tidak pernah menghargai kehadiranku. Terlalu ramai yang lebih menyayangimu lebih dari ku. Aku sedar dengan kebenaran, tetapi sukar untuk aku menerima kenyataan yang aku bukan sesiapa padamu. Bukan aku pinta untuk menyukai, menyayangimu. Tetapi siapalah aku untuk menidakkan perasaanku sendiri. Aku ingin menjadi diriku yang dulu. Begitu tegas dengan pendirian, tidak mudah jatuh cinta malah, tidak mempercayai insan yang bergelar lelaki. Tetapi semakin aku meningkat dewasa, aku seolah olah faham apa itu dikatakan cinta. Kenapa kita hidup dibiarkan berpasan

Pencuci Mulut Ceria

Image
Haaa. Hari ini rasanya nak kongsi resepi lak.. Resepi ni macam2 boleh tambah. Faz gelar resepi ni Pencuci mulut ceria, sebab setiap kali Faz mkn faz mesti ceria. Tak tau lak org yg merasakan. Hehe. Haa. Ni dia resepi nya. Banana, Ice cream vanilla, Cheese, Chocolate cream, Chocolate rice. Senang je cara buatny. Tambah je smua dh jadi. Laa. Simple je tu. Faz slalunya gunakan nanas Utk gantikan banana. Nak gak cite mcm mane dpt resepi ni. Haritu ibu faz catering buat tart buah(lepas ni faz post gmbar), ada la lebih buah, jadi terjumpa la smua bahan ni. Tu yg faz tetiba dtg rajin. Tp time tu faz jahat sbb faz buat utk faz sorg je, tak kasi keluarga faz jamah. Yela dah sedap rugi lak nak kongsikan. Hehe. Kalau ibu faz baca ni confirm faz kena taji. Haha. Takdela. Shhhh~  Faz lupa lak nak ambil gmbar pencuci mulut yg faz buat tu. Aduii. Baiklah. Selamat mencuba ye☺

Dirimu hanya sejarah

Image
Kenapa harus kau Yg sentiasa muncul dimindaku Bermain di hatiku Berada di jiwaku Bagaimana harus aku Melupakan dirimu Yg hadir tanpa diseru Yg pergi tanpa disuruh Adakah perasaanmu sama sepertiku Yg sentiasa merindukan dirimu Saat aku sendirian Memikirkan dirimu Semuanya telah berakhir Aku bukan sesiapa utkmu Ku doakan kau bahagia Disamping org yg tersyg Aku juga ingin bahagia Walaupun bukan bersamamu Utk hari hariku Yg bakal mendatang

Kehidupan yang mendatang

Image
Setiap org mempunyai jalan ceritanya sendiri Begitu juga aku Pengakhiran yg mungkin bahagia Dan mungkin tidak Setiap kejadian yg berlaku Pasti ada hikmah Setiap org pasti ada masalah Dan tiada masalah yg tidak ada penyelesaiannya Itulah realiti sebuah kehidupan Tidak seindah cerita novel Tidak semanis di dalam drama Tidak semudah yg disangka Keperitan yg dirasai Hanya Allah yg tahu Kerana Dia yg menduga Tahap keimanan seseorang Kemewahan yg dirasa Hanya Allah yg maha memberi Kerana Dia menguji Rasa kesyukuran kita Pengakhiran kita di bumi ini Hanya ada dua pilihan Ke nerakaNya atau kesyurgaNya Bergantung ketaatan kita pada perintahNya Aku juga mudah alpa  Begitu memikirkan soal kehidupan  Sehingga lupa apa yg terjadi Pada keesokkan harinya (kematian) Saat demi saat telah berlalu Tanpa kita mula sedar Umur semakin meningkat Jangka hayat makin pendek Bumi semakin uzur Matahari semakin panas Para ulama semak

Pesan seorang kakak

Aku masih ingat suatu ketika dahulu Engkau sering berpesan Agar aku menjadi insan yang berguna Berjaya di kehidupan kelak Kita sering bergaduh Walaupun perkara sekecil pasir Adakalanya engkau memukulku Supaya aku hormat padamu Sebelum engkau pergi merantau Engkau sering mengingatiku Supaya menjadi dewasa Mendidikku supaya berdikari Kini engkau nun jauh disana Mencari nafkah utk keluarga Aku masih ingat setiap pesanmu Aku rindu setiap saat bersamamu Andai dapat ku putar kembali masa Akan ku bantu dirimu Besarnya pengorbananmu buat keluarga Menjadi bapa kepada kami adik beradik

Takdir kedua

Image
Terima Kasih kerana berada disampingku Saat suka dan duka kita kongsi bersama Bersamamu aku senang meluahkan apa yg ku rasa Menyanyi, minat, belajar, menangis Adakala jika aku lapar juga engkau sentiasa menemani Maafkan aku jika ada membuatmu bersedih Mengumpat dari belakang Aku juga manusia biasa Tak lari dari kesilapan Aku bersyukur kerana persengketaan kita Tidak memakan masa yg lama Terima kasih menegurku kembali Terima kasih menerimaku kembali Sudah tertulis utk kita bersahabat buat kali kedua Biarpun pernah berpisah seketika Kerana perselisihan faham Namun Allah menemukan kita kembali Aku tidak pernah menyalahkan takdir Mahupun diriku, dirimu Kerna aku percaya Pasti ada hikmah segala yang berlaku Pertemuan kedua Begitu banyak perubahan Aku, kau, dia, dia, dia Semuanya sudah berubah Alhamdulillah Begitu banyak memori kita semua Andai aku pergi dulu sebelum kalian Izinkan aku utk memohon ampun Sentiasa bergembira disisi kalian Menyanyi utk ka

Aku Seekor Kuching Jalanan

Image
Apa salahku Sehingga dilayan sebegini Bukankah aku juga makhluk Allah Yang tinggal dibuminya Aku juga perlukan makanan Utk hidup seperti manusia Aku cuma perlukan ihsan Biarkan aku hidup dengan aman Membenci aku Tak usah menendangku Menengkingku, menyepakku Aku juga tahu merasa sakit Ya memang aku kucing Kucing jalanan yg tidak mempunyai akal dan perasaan Tetapi aku juga mempunyai hak utk hidup Seperti manusia

Gitar dalam hidupku

Image
Hanya bertemankan gitar Ku habiskan sisa sisa hariku Dengan menghasilkan melodi Lagu untuk lirikku Hanya gitar Tempatku mencurahkan rasa hati Meleraikan kesepian Berkongsi rasa suka duka bersama Saat kehilangan org yang disayangi Aku mengalunkan muzik Menghiburkan hati yang luka lara Mengiringi setiap nyanyianku Tangisan demi tangisan Tiada siapa peduli Terusku ambil gitar Mengalunkan lagu akustik

Tukang Kasut

Image
Besarnya pengorbananmu Walaupun jasamu tidak dikenang Namun engkau tetap tabah Sabar menghadapinya Melayan ragam manusia Sentiasa memberikan senyuman Menerima setiap tomahan Demi mencari sesuap nasi Wahai Si tukang kasut Hari-harimu ditemani berus dan kasut "Terima Kasih" dan kata maaf Sentiasa menjadi dialog harianmu Engkau hidup serba kekurangan Mengejar rezeki yg halal Untuk menyara anak dan isteri Dengan pendapatan yg kecil Percayalah suatu hari nanti Akan hadir pelangi yang menemani senjamu Menghargai setiap titik peluhmu Menghadiahkanmu senyuman

Keluarga bermasalah

Aku:   Ain(bukan nama sebenar) kau dah kenape? Suram je aku tengok. Ada masalah ke? Ain:   Entah la Faz. Aku pun tak tau nak cta lagu mana kat hang ni. Aku:   Haa. Elok sgt la tu. Tak yah nak cta. Biar muka tu dok bekedut mcm tu je. Tak yah tak yah. Ain:   Hish kau ni kan. Haaa. Yela aku nak habak mai la ni. Aku:   Haa. Tadi tak mau lak nak habak. Mai ku dengar. (Aku dok gurau sat. Aku teruskan dgn bahasa yg mudah difahami laa pulak ye. Kang korg tak faham, terus tak nak baca.) Ain:   Macam ni . Kau taukan keluarga aku macam mana. Tak pernah nak luangkan masa bersama. Ibu dan ayah hari hari gaduh. Aku tension la faz. Dia org tak pernah nak fikir hal kami adik beradik. Asyik duit duit duit. Diaorg ingat duit yg bnyk tu dpt ke bagi kami bahagia. Aku penat la faz. Ada masa tu aku sampai nak buat buat sakit sebab nakkan perhatian diaorg,lepas kantoi je ibu ayah aku terus marah aku. Diaorg tak faham ke yg aku perlukan perhatian? Aku:   Laaa. Hal family ke? Sabarla ain. Memang betul d

Alahai Kaum Hawa

 Kadang kadang aku terfikir kenapa gadis begitu mudah cair dengan kata kata lelaki sampai sanggup menggadaikan maruah diri dan keluarga sebab terlalu sayang dengan teman lelakinya. Tak fikir ke kesan buruk dari perbuatan tersebut? Lelaki senang la, kalau benda dah jadi diaorang elok je buat tak tahu, tapi wanita? Mana nak letak muka? Maruah keluarga? Sekarang ni ramai gak dah keluar berita pembuangan bayi. SubhanAllah. Kesian aku tengok insan yang tak bersalah dibunuh.  Sedangkan haiwan lagi sayangkan anaknya, inikan kita manusia dah diberi akal. Kalau dah tak nak jaga tu bagi je la kat org, tak pun kat rumah anak yatim je ke. Tak tau ke ramai pasangan yang dah berkahwin tapi belum dapat anak. Dah rasa pun macam mana sakitnya beranak? Tu pun dia org senang lenang buang bayi. Eeeee. Aku pun tak faham manusia yang tak de hati perut mcm tu. Kalau dah tak nak tanggung kenapa la buat juga. Dah la dosa besar buat zina, dah tu boleh buang pulak, tu dah kira membunuh dah tu. Ada pulak ceri

(Mr.Dream) Encik Mimpi VS aku

Image
Encik Mimpi Seperti namamu Hidup bagaikan mimpi bagiku Menyukai artis sepertimu juga bagaikan mimpi bagiku Membaca blogmu memberi ilham kpd ku utk terus menulis Sejujurnya aku hampir berputus asa utk jd seorg penulis Kerna tidak mendapat sokongan Malah tiada siapa yang tahu hobi dan minatku Tetapi mengenali dirimu menguatkan semangatku Seolah olah utk jd berjaya sepertimu Tidak memerlukan peminat yg banyak Tidak perlu dikenali Malah sikap rendah dirimu Menunjukkan betapa ikhlasnya dirimu dlm bidang yg kau ceburi Walaupun hanya mengenalimu dr lagu yg kau gubah,nyanyikan,ciptakan Namun diriku tetap bersyukur Masih ada insan yg positif sepertimu Begitu tekadnya bila dirimu berkata Bahawa dirimu bersedia menerima kritikan pedas Aku juga sepertimu Seorg yg pemalu Tetapi tidak sedia utk menerima sebrg komen negatif Oleh kerana itu aku begitu berhati hati bila berkarya  Kerna takut utk melukai pelbagai pihak Tetapi dirimu begitu berani menyuaraka

Cinta jarak jauh

Kau disana Aku disini Setia menunggu dirimu Perginya dirimu jauh dariku Membuatkan ku rindu Ingatkan daku dlm hatimu Doakan aku jika kau rindu Percayalah bahwa diriku Sentiasa mengenangmu   Walaupun keadaan Memaksa aku melupakan Segala memori bersamamu Namun kerna dirimu Terlalu istimewa Izinkan aku tetap menyintaimu Seperti selalu Kerna ku tahu Kau juga sepertiku *Khas buat dirinya yg ku minati

Ibu

*Coretan ini hanya rekaan semata mata. Tiada kena mengena dgn yg hidup ataupun mati. Dijadikan kisah hanya utk peringatan. Harap diambil iktibar apa yg Faz cuba sampaikan. Hari hari merupakan hari ibu. Hargai ibu anda. Ibu, Faz syg ibu❤ Ibu Jasamu tidak mungkin dpt dibalas Bukan wang ringgit yg engkau mahukan Bukan kemewahan yg kau pinta Tetapi kasih syg anak2 yg engkau impikan Masihku ingat Saat aku masih kecil Engkau sering menjadi pendorong dlm hidupku Menemani saat aku ketakutan Berjaga dr mlm ke pg saat aku kesakitan Setia disisiku saat aku bersedih Tangan kasarmu Telah mendidikku sehingga menjadi insan yg berguna Memukulku ketika aku gagal dlm pelajaran Engkau amat mementingkan pendidikan Katamu kejayaanku bukan utk memberi kemewahan padamu Akan tetapi menjadi bekalan kebahagian diriku ketika dewasa kelak Setelah aku dewasa Berjaya dalam kehidupan Aku mula tidak mengendahkan dirimu Bagiku dirimu tidak membantu malah membuat hidupku susah kerana sering mintak

Hanya kebahagiaanmu yang ku pinta

Sejenak ku terfikir Adakah engkau rasa Apa yg ku rasa Perasaan yg aku sendiri Tidak jangka akan hadir Disaat ku rindukan dirimu Namamu sentiasa bermain dimindaku Sering kali ku mencari cara Utk berada dekat dgnmu Pernahku terfikir Utk melukakan diriku Supaya aku rasa disygi olehmu Entah mengapa Semakin ku cuba Utk berada dgnmu Semakin jauh dirimu dariku Ku ingin selalu disampingmu Menemani setiap detik Suka dan duka mu Menjadi penawar setiap lukamu Merawat hatimu yg semakin rapuh Jauh dilubuk hatiku Aku hanya ingin melihat dirimu bahagia Walaupun aku tahu permintaanku Akan melukakan hatiku Tetapi bagiku Bahagiamu bahagiaku jua Izinkan aku menyayangimu dalam diam

Aku hanya aku

Aku bukanlah seorg yg istimewa Aku hanya aku Seorang insan biasa Yang serba kekurangan Aku bukanlah artis Yang ingin mencari publisiti Aku bukan juga penkarya yg digeruni ramai Aku hanya pencerita Kisah hatiku melalui blog Betapaku rasa diriku kerdil berbanding penkarya lain Yang begitu mahir berkata kata Aku hanya merealisasikan impianku Utk jadi penkarya Walaupun tidak mempunyai kelulusan ijazah Walaupun tidak mempunyai pengalaman dlm berkarya Walaupun hanya sekadar utk menceritakan rasa hatiku Walaupun tidak akan dikenali Aku tidak mempunyai sokongan Dari sahabat, keluarga dan pengajar Malah tidak ada seorg pun yg mengetahui minatku yg sebenar Aku seorg penrahsia Kehebatanku hanya menjadi penrahsia yg baik Mungkin bukan sesuatu yg patut dibanggakan Tetapi itulah aku Aku yang menghargai setiap kelebihan diriku sendiri

Rasa hatiku

Hari hariku begitu indah Setelah mengenalimu Entah mengapa  Setiap kata yang kau berikan  Mampu mengubat hatiku yg terluka Pertemuan pertama dgnmu Bukanlah sesuatu yg dpt dijadikan Kenangan terindah Namun merupakan sesuatu perkara baharu Yang terjadi dalam hidupku Disaat aku sedih  Engkau sentiasa ada disisiku Walaupun tidak mampu membantu  Tetapi menyenangkan jiwa ku Dan apabila melihat dirimu yang terluka Hatiku turut sedih Ingin aku jadi penawar hatimu Tetapi aku hanya seorang  Insan yang lemah  Tidak mampu utk mengungkapkan rasa hati  Indahnya rasa hati  Apabila merasa dirimu dekat dgnku Akan ku pendam rahsia hatiku Agar persahabatan kita  Kekal begini selamanya Aku ada utkmu Dan engkau ada utkku

Aku dan dirimu

Aku dan dirimu Dua insan yg berbeza Saling tidak mengenali Tetapi mempunyai minat yg sama Iaitu mempunyai bnyk ilham utk Mencipta karya sendiri Walaupun tidak mengenali dirimu Walaupun wajahmu tertutup Tetapi cukup utk aku jadikan sebuah karya Sebuah ilham dalam hidupku Menjadi semangat utkku terus Mencapai cita cita Walaupun tidak dikenali Aku dan dirimu Begitu jauh utk dijadikan realiti Namun entah mengapa Aku merasakan dirimu dekat dgnku Setiap kali mendengarkan lagumu Dalam diam Aku mula meminatimu Tetapi hanya sbg pemberi smngat Dlm hidupku Terima Kasih kerana hadir Sbg seorg artis Seorg seniman Yang begitu merendahkan diri Membuatkan diriku Tertanya tanya Identiti dirimu yang sbnar

Jatuh Cinta Lagi

Kata org tak kenal maka tak cinta, Mulanya aku tak percaya, Setelah mendengar suaramu, Nyanyianmu, Aku mula ingin mengenalimu. Hanya dari sebuah lagu, Aku mula meminatimu, Keikhlasan mu mula terpancar Disetiap gambarmu. Anehnya bila cinta bermula dari sebuah lagu, Sukar utkku mentafsir perasaanku, Tapi dari sebuah lagu membuatku jatuh hati padamu. Kau merahsiakan identitimu, Menunjukkan betapa rendah dirinya dirimu, Kau membalas setiap pujian org terhadapmu, Kau menerima positif setiap kata negatif yg dlemparkan. Lagumu memenuhi setiap malamku, Izinkan ku meminatimu dr jauh, Izinkan aku mendoa dirimu, Dan kerjayamu sentiasa indah seperti Peribadi dirimu. Dengan ini juga aku akan merahsiakan namamu. Salamcinta buat artis melayu pertama yg aku minati . ❤ InShaAllah semoga mimpimu,mimpiku menjadi kenyataan. Amin